EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dari SMAHI je Putrajaya : Tahniah Ustaz Idris Ahmad

0 month ago, 27-Aug-2021

DARI DAPUR KE PUTRAJAYA : TAHNIAH USTAZ IDRIS AHMAD

Hari ini meriah group Facebook "Suami Masak Apa Hari ini?" dihujani dengan ucapan tahniah kerana salah seorang ahli group tersebut telah menjadi menteri hari ini. 

Eh, siapakah gerangan menteri itu?

Dalam satu hantaran sebelum ini, beliau berkongsi petua "cara menghasilkan cucur udang yang lembut". Posting tersebut telah mendapat perhatian sebanyak 5.2K Like.

Beliau antara ahli yang aktif dan selalu menghantar posting pada group masakan tersebut.

Melihat pada caranya, beliau kelihatan begitu bersahaja dan tidak kekok berada di dapur. Malah, beliau tidak segan dan seronok berkongsi pelbagai resepi dan menu masakannya.

Beliau juga begitu sinonim dengan gelaran "Ustaz Catatan Dhuha".

Buat sesiapa yang selalu mengikuti posting beliau di media sosial, setiap pagi tanpa jemu, pasti dihidangkan dengan tazkirah pendek dan ringkas yang dikenali sebagai "Catatan Dhuha".

Dari dapur ke Putrajaya.
Selamat berkhidmat dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Idris Ahmad di atas lantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

#CreateABetterMalaysia



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...