EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lori Skynet terbakar, 80% barangan musnah setelah barangan dipercayai mudah terbakar dipesan pelanggan

0 month ago, 24-Jul-2020

Kini lebih ramai rakyat Malaysia yang beralih kepada pembelian di atas talian, di mana barang dan produk yang dibeli akan dihantar terus ke rumah. Lebih mudah dan menyenangkan!

Tetapi lain pula yang berlaku jika produk yang dibeli oleh pelanggan itu sebenarnya merbahayakan keselamatan seperti apa yang berlaku pada sebuah lori kurier milik Skynet ini.

Ini kerana lori tersebut didapati terbakar di hadapan Pejabat Skynet Kajang pada 22 Julai lalu, mengakibatkan hampir 80% barangan yang dibeli pelanggan di dalamnya hangus dan musnah.

Kosmo

Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 6:10 pagi ketika pemandu lori lapan tan berkenaan sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan barang untuk dihantar ke beberapa lokasi.

Menurut sumber, kebakaran dipercayai berpunca daripada produk berasid yang sangat mudah terbakar telah dihantar oleh penjual menerusi khidmat penghantaran syarikat tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Zafiruddin Mohd. Nasir berkata api sedang marak pada bahagian dalam belakang lori itu sebaik sahaja pasukannya tiba di tempat kejadian.

Seremban Page/Facebook

80% barang dalam lori itu hangus sepenuhnya manakala 20% lagi telah rosak akibat terkena air ketika operasi pemadaman api dilakukan, katanya.

Difahamkan pihaknya telah mengambil masa lebih sejam untuk operasi pemadaman susulan banyak barang yang mudah terbakar di dalam lori berkenaan.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan, tambahnya lagi.

Seremban Page/Facebook

Sehubungan dengan insiden sebegini, kita haruslah berhati-hati dengan apa sahaja produk dan barang yang kita mahu beli menerusi platform pembelian di atas talian.

Periksa dahulu barangan sepenuhnya sebelum membeli, jika tidak kejadian tidak diingini seperti ini akan berlaku lagi. Sudah pasti ia menyusahkan banyak pihak, bukan? Sama-sama kita elakkan.

Lori Skynet terbakar, 80% barangan musnah setelah barangan dipercayai mudah terbakar dipesan pelanggan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...