EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Skuad wanita terkandas di separuh akhi

0 month ago, 15-Feb-2020

Kuala Lumpur: Impian skuad badminton wanita negara untuk terus melakar sejarah di Kejohanan Berpasukan Asia tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 di tangan penyandang juara Piala Uber, Jepun di Manila, Filipina hari ini.

Selepas buat kali pertama mencipta sejarah mara ke separuh akhir buat kali pertama di kejohanan berkenaan, hasrat srikandi negara membalas dendam ke atas Jepun selepas kalah 2-3 di peringkat kumpulan tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, mereka sudah menempah slot ke Piala Uber secara merit, berikutan empat pasukan terbaik di Kejohanan Berpasukan Asia memperoleh tiket untuk beraksi di Aarhus, Denmark Mei depan.

Soniia Cheah yang berjaya mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia, Akane Yamaguchi pada aksi peringkat kumpulan tidak berjaya mengulangi pencapaian berkenaan apabila kalah 17-21, 18-21.

Hasrat untuk melihat Malaysia bangkit menerusi beregu wanita, Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen juga tidak kesampaian apabila pasangan berkenaan yang jarang digandingkan kalah 11-21, 4-21 kepada Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina, S Kisona tidak berjaya mengulangi pencapaian di bumi Manila, apabila kalah straight set 13-21, 13-21.

Pasukan lelaki pula akan turun ke gelanggang hari ini bertemu lawan yang sama pada jam 4.10 petang, dalam memburu tempat ke final esok.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...