EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Skuad bola jaring bermula garang

0 month ago, 25-Nov-2019

SEPERTI dijangka, skuad bola jaring tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Thailand 62-42 dalam aksi pertama saingan Sukan Sea 2019 di Kompleks Sukan Sta Rosa, di sini, hari ini.

Pasukan negara yang hadir dengan status juara bertahan selepas memenangi pingat emas di Kuala Lumpur dua tahun lalu terlalu hebat untuk dicabar.

Bagaimanapun, Tracey Robinson mengingatkan pemainnya agar tidak berpuas hati dan berharap pasukan terus kekal fokus bagi menghadapi aksi seterusnya menentang Filipina esok.

Kemenangan ini adalah hasil kerjasama sepasukan yang tinggi ditunjukkan pemain. Penyerang kami bermain dengan baik dan menepati sasaran.

Ia perlawanan pertama yang positif untuk kami biarpun pemain ada sedikit bergelut pada awalnya. Thailand menunjukkan peningkatan yang cukup baik dalam perlawanan ini.

Jadi, kami perlu terus kekal fokus dan bekerja keras bagi mengekalkan momentum ini apabila berdepan Filipina untuk perlawanan kedua, kata Tracey.

Skuad negara tampil kali ini sebagai pilihan utama selepas berjaya menewaskan musuh tradisi, Singapura pada penentuan pingat emas edisi lalu.


SUMBER : hmetro.com.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...