EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Skuad futsal juara empat penjuru

0 month ago, 10-Sep-2019

SKUAD futsal lelaki kebangsaan muncul juara kejohanan jemputan antarabangsa empat penjuru di Chengdu, China, hari ini.

Lebih istimewa, pemain negara, Ridzwan Bakri muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.

Kemenangan itu diperoleh hasil perbezaan jaringan gol selepas tuan rumah, China seri 4-4 dengan Mexico pada perlawanan terakhir petang tadi.

Terdahulu, skuad negara yang turun dengan misi muncul juara seri 2-2 dengan Myanmar pada aksi terakhir mereka.

RIDZWAN (kanan) penjaring terbanyak kejohanan di samping Chun Yong.

Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong memuji pemainnya yang beraksi cemerlang mengikut taktikal diterapkan.

Saya kagum dengan pemain yang beraksi bermati-matian sepanjang kejohanan. Kami mencipta banyak peluang, namun penyudah sedikit tumpul.

Saya juga dapati tahap kecergasan pemain masih perlu ditingkatkan lagi terutama untuk bersaing pada kejohanan antarabangsa. Ini antara aspek akan saya beri tumpuan dalam latihan selepas ini, katanya dihubungi Arena Metro.

Skuad negara dalam persiapan ke Kejuaraan Futsal AFF di Ho Chi Minh, Vietnam dari 21 hingga 27 Oktober depan.

Mereka membelasah Mexico 9-2 pada perlawanan pertama sebelum seri 4-4 dengan China.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com