www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Usir Sivarraajh : Tindakan Speaker Bertentangan Dengan Perkara 50 Perlembagaan Persekutuan

0 month ago, 05-Dec-2018


KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memandang serius tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat memerintahkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh meninggalkan sidang dewan kerana ia bertentangan dengan Perkara 50 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ahmad Zahid, ini kerana kes pembatalan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands masih lagi dalam proses rayuan dan Sivarraajh masih lagi anggota Parlimen yang sah.

Tidak ada sebab Datuk Sivarraajh diusir semata-mata kerana desakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, tanpa meneliti peruntukan Parlimen.

Apabila Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan beliau dan menyebabkan kemungkinan satu pilihan raya kecil diadakan, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, ujar Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Presiden UMNO itu lagi, pihak yang tidak berpuas hati tersebut boleh memfailkan notis rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan sepertimana termaktub di bawah Seksyen 36A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jika dirujuk Seksyen 36C akta tersebut pula, keputusan Hakim Pilihan Raya adalah muktamad hanya setelah tiada sebarang rayuan yang difailkan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.

Justeru itu, keputusan membatalkan kemenangan beliau di Cameron Highlands tidak ada kaitan dengan kehadiran di sidang Dewan Rakyat kerana beliau akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan, tegasnya.

Justeru itu jelasnya lagi, kerusi Parlimen Cameron Highlands tidak boleh dikosongkan mengikut Perkara 50 Perlembagaan Persekutuan sehingga Hakim Pilihan Raya memperolehi keputusan kes rayuan Mahkamah Persekutuan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu membenarkan Datuk Sivarraajjh menghadiri sidang Parlimen sepertimana diperuntukkan di bawah Undang-undang Pilihan Raya, katanya.


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts