EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Buat Air Siraman Terbaik Untuk Suburkan Tanaman, Guna Sisa Ikan & Gula Merah

0 month ago, 30-Aug-2021

Bagi yang bercucuk tanam di rumah terutama buat yang cenderung menggunakan bahan organik untuk menyuburkan tanaman boleh guna cara ini pula.

Jika siang ikan, sisa ikan termasuk perutnya jangan dibuang. Ia juga boleh digunakan sebagai air siraman yang sangat berkhasiat untuk tanaman.

Cara membuat air siraman dari sisa ikan ini dikongsi oleh Norahim Ibrahim yang sudah mempraktikkannya beberapa lama.

Air siraman guna sisa ikan & gula merah

Hari ini ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan, saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman. Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat berguna untuk tanaman.

Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi.

Caranya
  • Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
  • Peramkan 3-4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap.
  • Selepas 4 minggu, tapis dan ambil patinya.
Cara penggunaan atau kadar bancuhan

Campur 10ml pati dengan 1 liter air. Siram pada tanaman. Senangkan…

Ini antara tanaman guna air sisa ikan

INFO: Perut ikan disimpan lama tak berulat & berbau busuk ke? Itulah fungsi
gula merah. Ia akan mengurangkan bau, bukan bau ikan busuk tapi lebih macam sardin.

Selamat mencuba.

: Norahim Ibrahim

Cara Buat Air Siraman Terbaik Untuk Suburkan Tanaman, Guna Sisa Ikan & Gula Merah Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...