EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Single pertama menyengat

0 month ago, 28-Nov-2019

KUMPULAN Pelita Lusoh yang dianggotai trio Aweera (penyanyi, gitar), Alan (gitar) dan Anep (drum) tetap menyengat menerusi single pertama berjudul PIL (Pelita Ini Lusuh) ciptaan Aweera dengan susunan muzik oleh Anep dan Alan.

Selepas dua tahun ditubuhkan, mereka puas hati apabila peminat sudah mengenali watak kumpulan ini.

Anep berkata, single pertama itu berjaya menonjolkan nama Pelita Lusoh.

Menerusi lagu itu, kami juga berjaya meneroka pasaran Indonesia dan Jepun. Tak tahu bagaimana mereka boleh menyukai lagu sebegini yang dianggap pelik.

Kami bersyukur diundang untuk buat persembahan jelajah sebanyak 12 lokasi di Jepun pada Disember atau Januari ini. Selepas itu kami akan ke Indonesia dan Thailand pula.

Pada Januari atau Februari, kami akan mengeluarkan album Bahasa Melayu. Ini sasaran Pelita Lusoh, katanya.

Dalam tempoh dua tahun ditubuhkan, Pelita Lusoh berjaya menyiapkan lapan lagu yang dikeluarkan secara berperingkat.

Selepas PIL, kami tampil dengan Kekasih Syurga yang makin diminati ramai. Tiada istilah lagu ini terlalu lambat atau dikeluarkan secara berjarak. Ini kerana lagu kami jika didengar album penuh, dari segi rakaman dan bunyi memang berkualiti.

Kami memang pemuzik. Proses rakaman, adunan dan mastering dibuat di studio kami. Kami tak pakai tenaga luar dan ambil masa lama untuk dapatkan apa yang diingini, katanya.

BAWA muzik rock dengan cara tersendiri. FOTO Aziah Azmee

Menurutnya, kualiti album ini dijaga kerana ia akan dibawa ke luar negara.

Saya dan Alan berpengalaman terbitkan album dan bekerja dengan pelbagai syarikat selama hampir 20 tahun. Jadi kami tahu syarat dan kontrak. Kami sekarang tak terikat dengan mana-mana pihak, begitu juga Aweera.

Sekarang kami bekerja untuk cari rezeki. Kami tahu ada sesetengah perkara, Aweera akan menyanyi solo dan sebahagiannya untuk Pelita Lusoh.

Produksi album pula di bawah kami sendiri iaitu Asia Empire. Mungkin juga selepas ini akan hasilkan album solo Aweera serta mungkin juga persembahan dia, katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan sekarang bersandarkan perniagaan.

Kami lebih suka bercerita dari segi perniagaan kerana senang nak faham. Ia lagi mudah daripada kami berfikir kami adalah artis, katanya.

Mengulas penerimaan peminat Malaysia yang agak dingin berbanding peminat luar, Anep mengakui ia kerana konsep yang dibawakan mereka kurang menepati selera semasa peminat.

Kami anggap Pelita Lusoh sebuah kumpulan baru. Kami bawa muzik rock dan ada sedikit serius dari segi lirik dan susunan muzik. Ia bukan benda yang tular.

Tapi, kami di dalam medium untuk bagi pendengar menikmati sesuatu yang benar-benar kami mampu buat dari segi usaha kami sendiri, katanya.

Mereka menyerahkan kepada situasi semasa seandainya genre muzik rock akan menguasai peminat selepas ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...