EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Singapura tak benar pelawat jangka pendek

0 month ago, 22-Mar-2020

Singapura: Pelawat jangka pendek tidak dibenarkan masuk atau transit di Singapura, berkuat kuasa jam 11.59 malam Isnin.

Langkah terbaharu itu bagi mengekang penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) di negara itu.

Selain itu, ia bagi memastikan sumber perkhidmatan kesihatan mencukupi untuk warganya.

Kerajaan juga hanya membenarkan perjalanan pergi balik untuk pemegang pas kerja dan ahli keluarga.

Ia hanya bagi perkhidmatan keperluan seperti pengangkutan dan kesihatan.

Semalam, negara itu merekodkan kematian pertama akibat Covid-19.

Sebanyak 432 kes wabak itu dilaporkan di negara berkenaan, dengan lebih 80 peratus daripadanya adalah kes import.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 12:04 PM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...