EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Yang Rasa Ada Simptom ADHD Atau Bipolar Segera Jumpa Doktor Sharifah Sakinah

0 month ago, 08-Jun-2021

Pelakon Sharifah Sakinah menasihati orang ramai yang merasakan diri mereka mempunyai simptom-simptomAttention-Deficit Hyperactivity Disorderatau ADHD segera berjumpa dengan doktor unutk mendapatkan pengesahan dan bukannya membuat kajian sendiri melalui lamanGoogle.

Sharifah Sakinah atau nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired berkongsi di hantaranInstagram nya bahawa dirinya telah pun mendapat pengesahan lanjut daripada doktor mengenai kesihatan mentalnya ini.

Advertisement
Sharifah Sakinah Akui Hidupnya Haru-Biru Selepas Bercerai : Instagram Sharifah Sakinah  

Katanya di dalam hantaran tersebut,

Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google.

Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menasihati individu yang menghidap ADHD ini untuk sentiasa mengikut saranan dan nasihat doktor walaupun sukar untuk menjadi seorang yang berdisiplin.

Sebelum ini, Sakinah ada berkongsi berkenan kesihatan mentalnya ini dan mengakui akan berpindah ke luar negara apabila dia sudah berkahwin bersama kekasih hati, Michael Hansen.

Yang Rasa Ada Simptom ADHD Atau Bipolar Segera Jumpa Doktor Sharifah Sakinah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...