EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Simpan Botol Air Sembarangan Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kemalangan

7 month ago, 15-Feb-2020

teamnetizen.com - Simpan Botol Air Sembarangan Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kemalangan

Hampir setiap hari, kita mendengar atau membaca berita mengeni kemalangan jalan raya dilaporkan di media. Seperti yang kita sedia maklum, kemalangan jalan raya ini boleh berlaku disebabkan pelbagai punca namun salah satunya adalah disebabkan kecuaian pemandu dan pengguna jalan raya.teamnetizen.com - Simpan Botol Air Sembarangan Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kemalangan

Ini adalah salah satu pesanan saya kepada anda semua mengenai aspek keselamatan dalam kereta. Jika hari itu kita berbincang mengenai tali pinggang keledar dan carseat untuk kanak-kanak (pautan di bawah), hari ini, mari kita berbicara mengenai botol air.

Kebanyakkan kenderaan, tidak kiralah sama ada transmisi automatik atau manual dan betapa cerunnya bahagian lantai kenderaan berdekatan dengan pedal klac, brek dan minyak, risiko untuk kemalangan ini pasti ada.

Sekarang kita lihat semula beberapa model kereta di mana ada yang mempunyai tempat letak bekas minuman (cup holder) dan ada yang tidak. Hal sama ada ruangan tersebut ada atau tidak sebenarnya bukanlah satu benda yang perlu kita utamakan, sebaliknya, lebih kepada adakah cup holder tersebut digunakan atau adakah cup holder tersebut digunakan untuk meletakkan duit syiling, sepit rambut, pengetip kuku dan lain-lain.

teamnetizen.com - Simpan Botol Air Sembarangan Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kemalangan

Daripada aspek keselamatan, perbuatan meletakkan botol air ikut suka ini boleh menyebabkan kematian. Botol tersebut boleh bergolek ke sana sini jika tidak diletakkan dengan betul sama ada di dalam plastik bersama dengan barang lain ataupun di dalam cup holder.

Saya perasan, ada diantara kita yang meletakkan botol tersebut di bawah kerusi sama ada di bawah kerusi pemandu ataupun di bawah kerusi penumpang. Perbuatan tersebut adalah salah satu perbuatan yang paling berbahaya. Jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek. Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah.

Jika pemandu kereta berjaya menekan pedal brek sehingga menyebabkan botol tersebut pecah sekalipun, ianya akan melewatkan waktu yang sepatutnya untuk kesan menekan brek itu memperlahankan atau menghentikan kereta sepenuhnya. Setiap milisaat amat penting apabila kita berbincang mengenai kemalangan jalan raya.

teamnetizen.com - Simpan Botol Air Sembarangan Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kemalangan
ak di tempat yang tidak mengganggu pemandu

Sekiranya kereta anda tidak mempunyai cup holder, mungkin anda patut membeli cup holder (third party) atau meletakkan botol air pada tempat yang mana ianya tidak akan bergolek ke sana-sini ketika pemanduan dibuat. Sekiranya kereta anda ada built-in cup holder, maka gunakannya sebaik mungkin.

Akhir kata, mungkin selepas ini, jika anda ada kelapangan, maka, periksalah keadaan di dalam kereta anda terutama sekali di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang. Jika ada apa-apa objek yang berpotensi untuk mengganggu fungsi pemanduan anda, maka, anda buatlah perkara yang sepatutnya.

PS Ketika rakan saya (anggota APM) menceritakan mengenai kemalangan maut yang mana dia bertindak sebagai first-responder dan kemalangan tersebut didapati berpunca daripada kegagalan pemandu wanita untuk menekan brek akibat botol air milik anaknya tersangkut di bawah pedal brek, terus saya teringat satu babak di dalam filem Final Destination yang kedua. Keadaannya lebih kurang sama.

Sentiasa berhati-hati dan mengawal emosi ketika memandu dan ikuti peraturan jalan raya.

: FB Penduduk Sungai Petani Kedah / Polis Daerah Pendang


SUMBER : teamnetizen.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...