EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sikap Abam buka minda masyarakat - Eddie Hamid

0 month ago, 15-Feb-2020

PENGLIBATAN artis dalam kerja amal bukan bertujuan untuk berlagak atau meraih populariti, kata komposer terkenal tanah air, Eddie Hamid.

Eddie Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Adenan berkata demikian bagi mengulas pujian masyarakat terhadap pelawak Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey yang tersingkap kisahnya suka bersedekah, menjaga ibu dan membabitkan diri dalam kerja-kerja amal.

Eddie Hamid berkata, ternyata sikap Allahyarham membuka minda masyarakat yang sebelum ini hanya melihat golongan artis seperti penyanyi, pelakon, pelawak atau selebriti sekadar menjana pendapatan ribuan ringgit dan berhibur sahaja.

Katanya, sebaliknya artis juga banyak melakukan kerja amal yang tidak didedahkan kepada umum dan lebih banyak berkongsi jadual kerja sebagai orang industri.

Kita banyak memberi kepada masyarakat seperti bantuan kewangan, membantu anak yatim, ibu tunggal cuma tak didedahkan kepada media.

Malah, saya sendiri yang mengendalikan beberapa artis popular turut bangga dengan komitmen mereka jika ada kerja amal yang mereka sertai tanpa mengira bayaran dan ada yang sanggup bekerjasama walaupun tiada bayaran jika untuk membantu orang susah, anak yatim dan sebagainya, katanya ketika ditemui dalam majlis kesyukuran bersama Eddie Hamid Fan Club (EHFC) di Pulau Lima, Panchor, malam tadi.

Hadir sama, Penaung EHFC, Datuk Zulkernain Che Othman dan Pengerusi EHFC, Mohd Rozi Ab Rahman.

EHFC dilihat antara kelab peminat artis yang aktif menjalankan kerja-kerja amal dengan lebih 100 program kebajikan diadakan sejak kelab ini ditubukan pada 2016.

Terbaharu katanya, pihaknya akan mengadakan dikir barat amal dan mengagihkan 100 sumbangan makanan asas kepada golongan memerlukan di Bachok melalui program di Pantai Kubang Golok, 28 Februari ini.

Sementara itu, Datuk Zulkernain berkata, bagi setiap program amal, pihaknya lebih memilih penerima di kalangan penduduk atau golongan yang tercicir atau tidak pernah mendapat bantuan.

Berita Berkaitan

Jadikan Abam Bocey ikon masyarakat

Bocey terus hidup tanpa Abam

Belasungkawa Abam Bocey

Kenangan mi rebus Abam Bocey

Abam Bocey meninggal dunia

'Kenapa kau pergi dulu Bam?'

'Kepala Abam sakit bagai dicucuk-cucuk': Norwahidah

'Ya Allah, Abam memang sangat baik' - ibu


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...