EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Saya sihat' - Hamilton

0 month ago, 21-Mar-2020

JUARA dunia enam kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berkata dia mengambil pendekatan menjalani kuarantin diri tetapi tidak akan menjalani ujian kesihatan wabak koronavirus (Covid-19) kerana beranggapan ada pihak lain lebih memerlukan berbanding dirinya.

Pelumba Britain berusia 35 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan untuk kuarantin dirinya sendiri kerana pernah hadir dalam satu majlis di London yang menyaksikan kehadiran pelakon, Idris Elba dan isteri Perdana Menteri Kanada, Pierre Trudeau, Sophie Gregoire-Trudeau.

Elba dan Gregoire-Trudeau kedua-duanya didapati positif Covid-19.

Saya ingin memberitahu anda bahawa saya berada dalam keadaan sihat.

Terdapat spekulasi berhubung kesihatan saya selepas menghadiri majlis bersama dua individu yang kemudian didapati positif koronavirus.

Saya tidak mempunyai sebarang simptom dan kini sudah 17 hari sejak saya menyaksikan Sophie dan Idris. Saya ada bertanyakan khabar Idris dan gembira mendengar dia sihat.

Saya ada bercakap dengan doktor dan bertanya sama perlu atau tidak untuk menjalani ujian tetapi yang pasti lebih ramai orang memerlukan pemeriksaan berbanding saya terutama apabila saya tidak mempunyai sebarang simptom, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...