EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anak Sihat, Susu Badan Pun Banyak.. Shima Anuar Pertahan Keputusan Ayda Jebat Nak C-Sect

0 month ago, 29-Aug-2021

Semalam, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat hebat dikritik netizen gara-gara keputusan untuk melahirkan anak sulung dengan kaedah Caesarean ataupun C-Sect.

Advertisement

Hari ini, pelakon Shima Anuar tampil mempertahankan rakan artisnya itu dengan berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya menjalani pembedahan C-Sect itu sebanyak dua kali.

Perkara tersebut dikongsikan Shima menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Banyak mitos tentang ‘czer’ sebenarnya. Tapi bagi saya, alhamdulillah semuanya okay. Bersalin secara pembedahan pun ada sakitnya juga. Bersalin secara pembedahan bukan seperti membuang air besar. Alhamdullilah, dua kali ‘czer’, kedua-dua anak saya dapat minum susu bada. Susu pun banyak juga.

Shima yang kini mengusahakan perniagaan makanan laksam ini juga menyangkal dakwaan sesetengah orang yang mengatakan wanita yang bersalin secara pembedahan akan mengalami perut buncit.

Shima Anuar : Instagram Shima Anuar  

Saya cuma ingin beritahu, jangan perlekehkan wanita yang bersalin secara pembedahan. Bersalin secara ‘czer’ pun letak nyawa dekat situ juga okay.

Terdahulu, Ayda Jebat menjadi sasaran kritikan netizen apabila dia memilih untuk bersalin secara Caesearean meskipun tidak mengalami sebarang masalah untuk melahirkan secara normal.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Anak Sihat, Susu Badan Pun Banyak.. Shima Anuar Pertahan Keputusan Ayda Jebat Nak C-Sect first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...