EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

SIDANG MEDIA KHAS PERDANA MENTERI PADA 3 PETANG INI

0 month ago, 10-Oct-2021

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan satu sidang media khas jam 3 petang, hari ini.

Dijangkakan, Ismail Sabri akan mengumumkan kebenaran merentas negeri susulan kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia hari ini telah mencatatkan 89.7 peratus.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan kebenaran merentas negeri dalam tempoh terdekat yang akan berkuat kuasa serentak di seluruh negara.

Ismail Sabri juga turut memaklumkan bahawa aktiviti merentas negeri akan dibenarkan semula setelah kadar vaksinasi terhadap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

Sidang Media Khas tersebut turut disiarkan di TV Alhijrah saluran 114 serta Facebook TV Alhijrah.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...