EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sibuk belajar untuk final exam, pelajar tunai solat dalam perpustakaan

8 month ago, 09-Jan-2020

Solat merupakan satu perkara yang penting dan menjadi paksi utama kepada keimanan seseorang mukmin. Namun begitu, masih terdapat ramai manusia yang lalai dengan kewajipan tersebut terutamanya golongan pelajar.

Bagi mereka, urusan lain adalah lebih penting bahkan ada juga yang berasa malas untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut kerana memandang remeh terhadap perintah Allah.

Walau sesibuk mana pun belajar, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah. Usaha dalam diri kita, keberkatan dari Dia. pic.twitter.com/U7fxqyRy0S

hewcynay (@hussainirozi) January 6, 2020

Tetapi berbeza bagi seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dimana dia tetap menunaikan solat fardhu meskipun sibuk mengulangkaji pelajaran ketika di musim peperiksaan akhir.

Walau sesibuk mana pun belajar, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah. Usaha dalam diri kita, keberkatan dari Dia, tulis rakan kepada gadis tersebut.

Menurut rakannya yang dikenali sebagai @hussainirozi, gadis tersebut berbuat demikian kerana universiti berkenaan tidak mempunyai surau yang khusus.

Oleh itu, dia mengambil inisiatif untuk menunaikan solat dengan berlapikkan fail bagi memastikan kebersihan solat terjamin di salah satu lorong laluan perpustakaan tersebut.

Walau bagaimanapun, posting terbabit menerima kecaman kerana tindakan berkenaan seolah-olah tidak menghormati pengguna perpustakaan lain yang ingin mengunakan kemudahan tersebut.

Namun begitu, masih terdapat segelintir warganet yang menyokong tindakan penuntut terbabit dan menyuruh orang ramai agar bersangka baik terhadapnya.

: Twitter


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...