EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Buli Siber menjadi barah mengugat keharmonian masyarkat

0 month ago, 13-Sep-2019

Dengan apa yang berlaku kepada Permaisuri Agong terbukti bahawa tidak ada sesiapa pun dalam Malaysia ni selamat daripada cyber bully.

Soalannya macam mana perangai cyber bully ini bagi impak kepada kehidupan kita.

Cyber bully ataupun buli siber dalam bahasa Melayu adalah satu perbuatan yang mempergunakan kemudahan internet contohnya di media sosial, blog dan sebagainya untuk memalukan ataupun menghina seseorang atas tujuan tertentu yang dikehendaki oleh si pelaku.

Ada yang menggunakan kata kata-kata, menggunakan gambar, video, ada yang menggunakan diagram, infografik dan pelbagai lagi cara yang digunakan untuk membuli mangsa.

Walaupun hari ini kita nampak impaknya kepada wanita yang mempunyai posisi paling tinggi di negara ini, tetapi sedarkah kita bahawa ia berlaku hari-hari kepada anak-anak kita dan juga dalam kalangan kita sendiri?

Ingatkah kita tentang video-video yang menunjukkan pelajar pelajar sekolah bergaduh, pelajar perempuan menghisap rokok, ada juga yang melakukan jenayah-jenayah lain yang disebarkan secara tular di media sosial?

Sedarkah kita walaupun perbuatannya itu salah, tetapi tindakan kita menyebarkan gambar/video itu (tanpa tapisan) juga tidak kurang salahnya berbanding apa yang dia buat?

Pemasaran menggunakan platform sosial media

Tanpa kita sedar kita sendiri pun sudah menjadi orang yang membuli orang lain di alam maya.

Berdasarkan program yang saya ikuti bersama MCMC, kejadian buli siber ini memang banyak berlaku terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah balik sekolah rendah atau sekolah menengah.

Kerana itulah MCMC berusaha memulakan program ‘Klik Dengan Bijak‘ untuk meningkatkan kesedaran penggunaan internet kepada anak-anak kita. (Lihat komen pertama untuk pautan laman sesawang).

Walaupun sasaran utama program ini adalah kepada kanak-kanak ataupun anak sekolah tetapi bahannya memang relevan untuk digunakan Juga kepada orang dewasa.

Media sosial serampang banyak mata

Dalam program ini bukan sahaja isu berkenaan cyber bully tetapi hal hal lain seperti keselamatan penggunaan internet, penjagaan maklumat diri dan juga pengawalan kendiri dalam penggunaan internet turut diajarkan.

Tahukah kita bahawa ramai anak-anak kita tidak sedar tindakan mengambil gambar/video dengan cara memalukan kawan dan meletakkannya di sosial media itu ialah tindakan yang salah?

Tahukah kita bahaea mereka juga tidak sedar bahawa tindakan meletakkan gambar-gambar sendiri yang memalukan jadi sendiri termasuk tidak berpakaian itu sebagai satu perkara yang salah?

Bagi mereka ia hanyalah untuk tujuan bergurau dan kadang-kadang hanyalah dibuat akibat desakan pengaruh rakan sebaya.

Mereka mahu kelihatan ‘cool’ dan tidak berada di luar kelompok rakan-rakan yang Melakukan perkara yang sama jadi mereka turut buat perkara itu.

Mereka tidak sedar bahawa sekali sahaja maklumat ataupun bahan itu sudah disebarkan di Internet ia akan kekal di sana selama-lamanya sepanjang hidup mereka.

Facebook sudah menjadi lubok duit

Akibatnya adalah perbuatan yang mereka lakukan akibat pertimbangan tidak matang akhirnya akan menghantui masa depan mereka termasuk dalam kehidupan bekerjaya berkeluarga dan bersosial.

Tambahan pula dalam keadaan sekarang di mana majikan-majikan meletakkan syarat untuk melihat akaun media sosial bakal pekerja sebagai satu daripada penilaian temuduga, itu adalah satu perkara yang boleh memberi impak kepada mereka.

Mungkin ketika anda baca tulisan ini anda berpendapat Kenapa saya tarik isu ini daripada hal dilakukan oleh orang dewasa kepada hal yang memberi impak kepada anak-anak?

Ini kerana inilah sahaja peluang yang ada untuk saya guna dalam menyebarkan maklumat ini sudah banyak kali ditulis dan disebarkan melalui pelbagai cara tetapi kejadian buli siber tetap berlaku dan tidak berkurangan.

Kita mungkin kadang-kadang kata “biarlah yang buat tu salah dimalukan” atau “padan muka dia!” Bahkan ada yang kata “bodoh mak bapak tak reti ajar”,

Itu tandanya kita belum rasa lagi keadaan dimana bila kejadian buli siber dilakukan atau berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri.

Sekarang bayangkan sedangkan Permaisuri Agong pun boleh jadi mangsa keadaan Ini kan pula anak kita yang tak ada nama orang biasa-biasa dah orang kebanyakan.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Pertama didik diri sendiri tentang tatacara penggunaan internet yang baik.

Kedua, didik dan semaikannya ilmu tadi kepada anak-anak untuk dicontohi.

Ketiga, sentiasa pantau gajet anak-anak. Sudah ada banyak aplikasi telefon pintar yang dibina untuk membantu ibubapa membuat pemantauan dengan mudah.

Ingatlah anak-anak tidak mengikut apa yang kita sebut tetapi membuat apa yang kita buat.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota : Artikel ini ditulis atas kefahaman bahawa tindakan Permaisuri Agong menutup akaun Twitter akibat perbuatan buli siber seperti yang dilaporkan media massa (walaupun sehingga saat ini masih belum ada penjelasan rasmi daripada pihak istana).


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com