EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Siasat secara terperinci

0 month ago, 11-Jan-2020

PERKEMBANGAN teknologi era ini memungkinkan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam urusan membabitkan pembelian ubat-ubatan.

Tidak susah, anda hanya perlu mencarinya di atas talian dan ia boleh dihantar terus kepada anda kerana semua terletak di hujung jari.

Itu pandangan bekas pelari pecut negara yang juga seorang pemerhati bebas sukan olahraga negara, Nazmizan Mohamad yang menggesa Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat siasatan terperinci sebelum hukuman dijatuhkan ke atas atlet muda berusia 17 tahun itu.

Nazmizan berkata, apa yang terjadi itu memberi impak negatif kepada pembangunan olahraga negara dan memberi tamparan hebat buat guru terutama di Sekolah-Sekolah Sukan di Malaysia kerana ia membabitkan atlet berusia 17 tahun yang masih bersekolah.

Semalam KOM memaklumkan seorang pelari pecut lelaki yang beraksi dalam acara 4x100m ketika Kejohanan Olahraga Tertutup pada Ogos lalu di dapati positif menggunakan dua bahan terlarang methasterone dan oxymetholone iaitu sejenis steriod anabolic yang mampu untuk merangsang peningkatan prestasi.

Namun Nazmizan tidak menolak kemungkinan ia dibekalkan oleh jurulatih atau orang luar yang mempunyai kaitan dengan atlet berkenaan.

Jadi sebelum sebarang keputusan dilakukan, perlu ada siasatan terperinci dibuat kerana ia membabitkan masa depan atlet berkenaan.

Siasatan secara menyeluruh yang dimaksudkan termasuk mengkaji sejarah atlet itu. Dia berlatih bersama siapa sebelum ini. Kaji sebarang kemungkinan.

Ini kerana kita tidak boleh salahkan jurulatih juga sebab mungkin diperoleh dari sumber yang tidak diketahui. Macam saya dulu, makanan tambahan semuanya dibekalkan oleh jurulatih, ISN (Institut Sukan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara). Banyak kemungkinan boleh berlaku, katanya yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Perlis.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...