EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Siapa Kenal Dia?- TMJ Cari Penyanyi Lagu Par0di PKP

0 month ago, 26-Aug-2021

Mungkin nama Azman Naim atau lebih dikenali@azmannaim44mantra menerusi platform media sosial tidaklah sehebat penyanyi popular tanah air.

Namun, kehadirannya membawakan lagu-lagu par0di di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu menarik perhatian ramai pihak, termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) yang mencari Azman.

Menerusi hantaran di Instagram Story milik TMJ, pencarian tersebut dilakukan sebagai menyempurnakan titah ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang tertarik dengan video yang dimuat naik Azman sambil menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Frank Sinatra berjudul My Way dan ditukarkan kepada My Sejahtera Way.

Malah, TMJ juga turut memuji perk0ngsian Azman itu dengan disertai kapsyen First Class.

Menyedari tentang hal tersebut, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, turut memberikan maklum balas dengan memuat naik semula video tersebut dengan tulisan Menjunjung Kasih Tuanku.

Kalau dah sampai TMJ cari, memang rare lah bang

Rata-rata peminat dan followers beliau memberikan respon positif dan mengucapkan tahniah kerana menghiburkan ramai pihak walaupun bait-bait lirik lagu yang dihasilkan agak sarkastik namun diselitkan elemen gurauan.

Terbaharu, Azman juga dilihat memuat naik video lagu duetnya bersama penyanyi, Adibah Noor dengan membawakan lagu Thats Why You Go Away dari kumpulan Michael Learns To Rock. – & video dipetik dari Xtra, Instagram

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...