EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Siapa Kaitlynn Carter? Wanita Yang Sedang Hangat Bercinta Dengan Miley Cyrus

0 month ago, 12-Sep-2019

Jika anda mengikut kemelut kehidupan Miley Cyrus, pasti ketahui sekarang wanita muda ini sedang bahagia dengan wanita cantik bernama Kaitlynn Carter. Bahkan perpisahannya dengan Liam Hemsworth disebabkan wanita ini.

Sepanjang perkahwinan,Miley akui bahawa dirinya masih tertarik kepada wanita. Miley sendiri merasakan keliru dan kompleks dalam perhubungan, bahkan menolak gelaran isteri kerana merasakan gelaran tersebut tidak sesuai bagi dirinya.

Foto Bustle

Siapa wanita ini dan kenapa dia begitu istimewa pada Miley? Tahukah dia juga merupakan bekas teman wanita Brody Jenner, abang Kendall dan Kylie Jenner. Malah wajahnya kerap muncul dalam rancangan realiti Keeping up with the Kardashians.

Siapa Kaitlynn Carter?

Kaitlynn adalah bintang realiti TV berusia 30 tahun dan individu berpengaruh yang tinggal di Malibu. Terkenal menerusi kemunculan di rancanganThe Hills: New Beginnings. Merupakan pemegang ijazah Bahasa Inggeris dari University of New Hampshire. Bukan biasa-biasa, Kaitlynn juga adalah pengasas jenama penjagaan kulit Self.

Foto Marie Claire

Pada 2 Ogos 2019, Kaitlynn mengumumkan dia sudah berpisah dengan teman lelakinya, Brody Jenner anak kepada Caitlyn Jenner dan Linda Thompson.

Hubungan Kaitlynn Carter Dengan Brody Jenner

Kaitlynn dan Brody bertemu pada 2013 tetapi berpisah secara baik pada Ogos yang diumumkan oleh wakil pasangan itu sendiri.

Brody Jenner dan Kaitlynn Carter telah memutuskan untuk berpisah secara baik. Mereka suka dan menghormati satu sama lain, dan tahu bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk hubungan mereka.

Brody Jenner dan Kaitlynn Carter. Foto People

Mereka mengadakan majlis perkahwinan di Indonesia pada bulan Jun 2018 tetapi tidak pernah menjadikan secara rasmi, bermakna lebih mudah bagi mereka untuk melakukan hal berasingan bila berpisah kelak.

Menerusi rancangan The Hills: New Beginnings, Kaitlynn dan Brody mempunyai pandangan yang berbeza tentang anak. Brody selesa hidup bebas tanpa sebarang komitmen sedangkan Kaitlynn mahukan cahaya mata menemani kehidupan mereka.

Bila Kaitlynn dilihat intim dengan Miley Cyrus?

Seminggu selepas perpisahan Kaitlynn dan Brody, Kaitlynn ditangkap menyertai percutian Miley ke Lake Como, Itali dan mereka dilihat asyik bercumbuan. Pasangan biseksual itu kelihatan selesa bersama sepanjang percutian atas kapal layar mewah, malah ianya terjadi selepas Liam dan Miley mengumumkan mereka sudah putus.

Foto E!Online

Adakah Kaitlynn bercinta dengan Miley?

Yang pasti selepas menghabiskan masa bersama di Itali, Kaitlynn dan Miley dilihat semakin mesra dan langsung tidak berahsia. Paling jelas bila Kaitlynn menemani Miley menghadiri MTV VMA beberapa minggu sudah. Ada laporan menjelaskan pasangan ini sepakat mahu tinggal bersama.

Seorang sumber mengatakan: Miley sekarang hidup dengan baik, dia langsung tidak menyesal dan bahagia dengan Kaitlynn.

Foto Page Six

Penulis bukanlah mahu menilai hubungan Miley tapi melihat pada lifestyle wanita muda ini, Miley adalah gadis bandar, selesa hidup bebas walhal Liam sebaliknya. Lebih menggemari kehidupan yang jauh dari lensa kamera paparazi, tumpuan media, more to family man.

Sayang kerana Miley pernah teruk kecundang bercinta dengan Liam sehingga menjadi liar dan sekarang memilih untuk hidup bersama jantina sejenis. Why Miley?


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com