EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Siapa usik Coki? Kali ni bukan main-main, siap warning nak hantar Ah Long datang rumah

1 month ago, 25-Aug-2021

Coki mengakui sudah membuat empat laporan polis berikutan kes menerima pesanan palsu serta ugutan bunuh sejak seminggu yang lalu.

Ujar Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, selepas peristiwa itu dia lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Minggu ini saya nak keluar pun tak sedap hati sebab ada satu hari tu saya nak pergi beli air dengan kawan, ada seorang lelaki ikut saya daripada awal sampai saya balik rumah.

Sejak itu saya rasa macam... apa benda yang jadi ni, benda ni serius dan kalau saya mati macam mana? katanya kepada mStar.

Menurut Coki, pada mulanya dia menyangka perkara ini hanya satu gurauan namun mula memandang serius selepas mendapat emel ugutan bunuh.

Mula-mula saya ingat benda ini biasa mungkin dalam satu dua hari akan diam, tapi dalam satu minggu perkara ini tidak berakhir.

Banyak ugutan saya mula terima melalui DM, emel ia melibatkan bunuh, culik serta keluarga.

Saya memang akan mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang melakukannya, katanya.


SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...