EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Soon Huat-Shevon berpeluang: Eei Hui

0 month ago, 25-Nov-2019

KEJAYAAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul naib juara Masters Korea semalam menyalakan harapan besar untuk melihat pasangan itu menggegar pada temasya Sukan Sea Filipina, Ahad ini.

Malah, mereka turut mempamerkan prestasi membanggakan apabila mara ke separuh akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong sebelum ini.

Jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui percaya aksi konsisten anak buahnya itu mampu diteruskan hingga saingan di Filipina bermula hujung minggu ini.

Secara keseluruhan saya gembira dengan prestasi mereka dalam tiga kejohanan terakhir. Ini sesuatu yang baik sebelum mereka beraksi di Sukan Sea.

Bagaimanapun, cabaran di Sukan Sea tidak mudah apatah lagi pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti (ranking nombor lima dunia) turut beraksi.

Jadi, mereka perlu kekal fokus sebaik Sukan Sea bermula, katanya.

Soon Huat-Shevon hadir dengan misi menebus kekecewaan dua tahun lalu di Kuala Lumpur apabila sekadar meraih perak.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...