EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Shenhua tawar gaji RM2 juta seminggu pujuk Ighalo

0 month ago, 26-Mar-2020

ODION Ighalo ditawarkan kontrak lumayan selama dua tahun bernilai 400,000 (RM2 juta) seminggu oleh kelab China, Shanghai Shenhua untuk memujuknya kembali dan menolak menandatangani kontrak tetap bersama Manchester United.

Ighalo menjadi pilihan peminat di Old Trafford sejak dipinjamkan dari Shenhua apabila berjaya meledak empat gol daripada tiga perlawanan.

Kini Shenhua dilaporkan mahu memberi ganjaran kepada penyerang prolifik itu dengan melanjutkan kontraknya yang cukup lumayan.

Status pinjaman pemain berusia 30 tahun itu di United sepatutnya berakhir 30 Mei tetapi ia mungkin dipanjangkan sebulan lagi berikutan pandemik Covid-19.

Kontrak semasa Ighalo bersama Shenhua berakhir 2022 dan dia dilaporkan teruja dengan tawaran kontrak baru itu.

Bagaimanapun, Ighalo sememangnya peminat setia United dan dilaporkan mahu membantu Red Devils sehingga hujung musim ini.

Menerusi satu temuramah sebelum ini, dia mendedahkan impiannya untuk bermain dengan United.

Saya tidak pernah terfikir ia akan berlaku kepada diri saya. Malah ketika saya beraksi bersama kelab Liga Perdana, Watford, saya tidak pernah menjangkakan ia akan berlaku, katanya.

Ditanya apakah kelab yang akan diwakilinya sekiranya meninggalkan Watford, Ighalo pantas menjawab: Old Trafford. Ia umpama impian menjadi kenyataan jika dapat beraksi bersama Manchester United, pasukan yang saya sokong sejak zaman remaja lagi.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...