EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Adam Shahz Dakwa Difitnah Bekas Isteri Kononnya Tidur Sebilik Dengan Kekasih

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Kecoh netizen mengatakan mengenai pelakon Adam Shahz yang didakwa membawa anak perempuannya Ivy Herra Sophia tidur sebilik dengan teman wanitanya.

Dakwaan ini telah dikeluarkan sendiri oleh bekas isterinya, Fatin Afeefa di Instagram miliknya

Selama ini saya sering dilabel sebagai jahat tapi saya tak pernah babitkan anak saya dalam hubungan cinta. Saya tak pernah bawa anak saya untuk tidur bersama

dengan orang yang belum saya berkahwin di dalam bilik yang sama. Tolong jangan kacau anak saya dan biarkan dia.

Fatin turut memuat naik perbualan Whatsapp bersama bekas suaminya itu yang mempersoalkan perbuatan tersebut terhadap anaknya apatah lagi sebilik dengan wanita yang belum mempunyai hubungan halal.

Fatin fitnah!

Namun menurut laporan dari mSstar Online, Adam Shahz lebih memilih untuk berdiam diri kerana mahu menyelesaikan masalah tersebut secara profesional iaitu di mahkamah.

Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah!

Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.

Dia turut menyatakan biarkan mahkamah menentukan segala keputusan untuk perselisihan faham yang terjadi antara mereka.

Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti.

Adam Shahz Dakwa Difitnah Bekas Isteri Kononnya Tidur Sebilik Dengan Kekasih Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...