EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Setuju Mak Neelofa Patenkan Jenama Harimau Menangis, Netizen Pakat Buat Aduan Di MyIPO

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Nama keluarga pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter.

Semuanya gara-gara penularan foto yang memperlihatkan pendaftaran logo atau cap dagangan Daging Harimau Menangis yang dilakukan ibunya Noor Kartini menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

pic.twitter.com/zJXIUyKsrp

— Pakeri (@pakeri_) January 12, 2021

Malah dalam masa sama turut tular sebuah video yang di ambil dari IG Story Kartini dimana beliau dalam video tersebut menjelaskan pihaknya sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis dipercayai untuk jenama Aunty Tiny Kitchen.

aklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis, katanya sambil memasak.

dh trademark lah. pic.twitter.com/jITuRU1DPH

— sayangfura (@BafouraBakery) January 12, 2021

Ini menimbulkan reaksi negatif dikalangan netizen yang menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia.

Buat anda yang tidak tahu, isu ini menarik perhatian ramai terutamanya golongan peniaga kerana menurut mereka, sekiranya ibu Neelofa berjaya mempatenkan nama tersebut, para peniaga lainnya tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama berkenaan sebagai cap dagangan sama seperti yang dimaklumkan Kartini di dalam video tersebut.

Daging bakar harimau menangis ini sebenarnya merupakan makanan dari negara jiran Thailand sua rong hai namun sudah menjadi kegemaran ramai orang di utara dan pantai timur sebelum ia viral lagi .

Dah berzaman orang guna

Nama daging harimau menangis ni dah berzaman orang guna, dapat kat mak niqabis ni terus dia trademark kan nama tu macam dia yg start nama tu. Business tak business, sekarang musim covid kot. Ramai small business owner cari makan buat daging ni.

— Haqim (@azrulhaqim) January 12, 2021

Berzaman orang jual dekat pasar tani. Sebelum viral lagi

Dah berzaman orang dekat pasar tani jual daging harimau menangis. Sebelum viral lagi. Aku makan pun dah bertahun tahun sebelum viral. Datang dia ni terus nak trademark macam la dia punya idea ????????????

— Z (@xzayrazeex) January 12, 2021

Ekoran dari itu, beberapa netizen tampil meminta orang ramai untuk membuat aduan ke MyIPO dengan harapan agar permohonan Kartini untuk mempatenkan jenama Harimau Menangis tidak diluluskan.

Kita boleh buat bantahan dari org awam. Dia filekan ni baru bulan 11. Sila email ke myipo kalau betul2 serious tak nak tm ni register.

Normally TM akan siap in 6 months. Now dah 4 months. Maybe nak call diorg tak kerja dah esok, so email saja.Cari kat google myipo . pic.twitter.com/CpwYVpZQfM

— qeen (@undercoverbun) January 12, 2021

Malah ramai yang turut tampil mengajar orang ramai cara untuk membuat aduan sehingga ramai memaklumakn sudahpun berjaya membuat bantahan dan aduan tersebut.

DONE! Semoga peniaga-peniaga lain boleh guna nama Harimau Menangis ni. pic.twitter.com/iSVokaeb4J

— KZ???????????? (@teknosual) January 13, 2021

Demi kelangsungan rakyat marhean.
s fight this. pic.twitter.com/pKEDzmDqfB

— khal (@khakhakhakhal) January 13, 2021

Demi kesejahteraan small business daripada kene cantas dengan kapitalis! pic.twitter.com/ChqQd5L0xm

— ? (@_nuraizat) January 13, 2021

Mungkin hanya daftar logo grafik

Namun disebalik semua perkongsian tersebut, ada juga netizen yang berpendapat Kartini hanyalah mendaftar logo grafik bagi jenama Harimau Menangis miliknya dan bukannya perkataan itu sendiri demi mengelakkan ianya disalah gunakan oleh pihak lain.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari puan Kartini atau wakilnya nanti berhubung isu ini nanti.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...