EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Setiap kali tiba musim bunga, ibu itik ini akan berjalan bersama anak-anaknya melalui sebuah hospital di New York

1 month ago, 13-Jun-2019

Tiada apa-apa pun yang lebih mengembirakan di dunia ini melainkan dapat melihat dan menyambut kelahiran baharu. Itulah yang berlaku pada setiap tahun di sanatorium di Canandaigua, New York apabila mereka di sana berpeluang melihat sebuah pemandangan yang sangat comel menjelang sahaja musim panas.

Apa yang berlaku ialah sekumpulan itik berjalan masuk melalui sebuah hospital di New York yang 'diketuai' oleh ibu mereka. Setiap tahun si ibu akan membawa anak-anak baharunya untuk berjalan-jalan di sekitar hospital tersebut. Adegan itu ternyata memberi senyuman buat warga hospital.

Kerana persekitaran sanatorium tenang dan selamat, ibu itik akan bertelur di halaman sebuah hospital.

Pada tahun ini, sekali lagi ibu itik melakukan perkara yang sama dan kakitangan di pusat kesihatan Thompson di Ontario County telah siap menyediakan papan tanda dan kamera untuk merakam aksi comel mereka.

Sekumpulan haiwan kecil telah menjadi sebuah pemandangan paling indah di sanatorium.

Tahun ini, ibu itik melahirkan 13 ekor anak itik. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka akan berjalan-jalan di taman itu.

Di sini, anak itik akan memulakan kehidupan baharu.

Nampaknya semua orang mahu menyaksikan sendiri kejadian itu.

Itulah rutin setiap tahun si ibu itik. Tahun depan jika dia masih hidup dia pasti akan melakukan hal yang sama. Mungkin juga dia akan 'melahirkan' lebih banyak anak pada tahun depan. Kakitangan hospital pastinya tidak sabar untuk menunggu kehadiran si ibu itik lagi tahun hadapan!

: Cocomy

Setiap kali tiba musim bunga, ibu itik ini akan berjalan bersama anak-anaknya melalui sebuah hospital di New York Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com