EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Setiap hari fikir m4ti Lisdawati

0 month ago, 21-Nov-2020

KUALA LUMPUR: Pernah memuat naik entri dalam laman sosial yang menyentuh masal4h komunikasi dalam keluarga, pelakon Lisdawati menafikan ia berkaitan dengan hubungannya bersama suami, Fauzi Nawawi.

Lisda atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, mendedahkan hubungannya bersama suami baik, apatah lagi selepas melahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.

Bukan itu sahaja, ibu kepada lapan cahaya mata termasuk empat anak tiri membuat pengakuan jujur, banyak belajar daripada setiap dugaan yang ditempuhi.

Secara jujurnya, hubungan saya dengan Fauzi, Alhamdulillah sentiasa baik sejak kami mendirikan rumah tangga pada 2007. Orang selalu memandang saya memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis.

Orang menyifatkan Fauzi suka buat perangai, saya pula selalu teraniaya. Tetapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan suami sangat baik dan saling memahami.

Semua kisah tersebar saya anggap sebagai ujian yang perlu ditempuh. Sebagai isteri, saya percaya ujian bukan datang dengan sengaja. Jujurnya, saya bahagia sejak mel4hirkan anak keempat. Malah, saya merasakan melalui fasa kembali bercinta dengan Fauzi saat ham1l anak keempat, katanya kepada BH Online.

Lisdawati berkata, dia menyeru kepada isteri, jangan mudah melenting dan membuat spekulasi. Ujian pula hadir melihat kekuatan diri.

Saya percaya ujian Allah tidak datang bersahaja, tetapi untuk kita belajar.

Setiap mas4lah dilalui dan selesaikan dengan cara baik. Lebih baik daripada marah dan melenting. Saya bahagia dengan cara ini. Saya percaya jika hubungan baik akan memberikan rezeki dalam keluarga. Saya dan Fauzi bukan manusia sempurna, ada kekurangan.

Saya kena belajar untuk tidak mel3nting dan mencari kes4lahan orang lain. Setiap kali musibah berlaku saya tanya diri apa salah saya hari ini. Saya selalu ambil masa berbicara dengan Allah SWT, terutamanya ketika ditimpa ujian. Saya selalu yakin Allah peluk saya. Disebabkan itu, saya tenang menghadapi segala-galanya, katanya

Netizen selalu memandang Lisdawati memegang watak wanita lemah lembut, Fauzi pula watak antagonis. Bagaimanapun, mereka bahagia dan saling memahami. Foto IG Lisdawati

Akuinya, setiap mas4lah yang hadir mendidiknya menc4ri kesal4han pada diri.

Jika diberikan ujian, saya selesaikan masalah saya dahulu. Sebab ujian untuk saya hadap. Jika Fauzi boleh tenang, jadi saya pun kena tenang.

Jadi, saya kena bersikap pos1tif, anak-anak pun tenang. Saya juga selalu bercakap dengan anak-anak, fitn4h datang pada bila-bila masa, jadi hadapi dengan baik, katanya.

Pelakon filem Mahathir: The Journey dengan membawa watak Nurul Izzah itu berkata, dia juga melakukan perubahan dari segi fizikal secara perlahan-lahan, sejak dua tahun ini.

Saya mula memakai stoking dan bertudung labuh. Saya akui, semuanya mulai berubah. Setiap hari saya akan mencari jalan pulang. Pada masa sama, saya mahu bawa anak-anak ke jalan yang sama.

Setiap hari saya fikir, esok saya akan mati, jadi lebih baik saya berbaik dengan semua orang. Saya fikir perkara yang baik sahaja. Jika saya buat salah, saya takut tak sempat minta maaf. Memikirkannya saya jadi takvt. Tambah lagi, apabila saya selalu baca berita kem4tian mengejut.

Saya akan bercakap dengan anak-anak, mereka perlu bersedia jika saya tiada nanti. Alhamdulillah, anak menerima dengan baik. Anak tiri pun sedang belajar. Saya bersyukur, anak tiri ada kerenah, tetapi mereka anak-anak yang baik, katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: BH



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...