www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Lan Pet Pet Tampil Buka Mulut Isu Berkasar Dengan Pak Guard. Tak Sangka Ini Tindakan Yang Akan Di Lakukan Beliau

0 month ago, 16-Apr-2019


KUALA LUMPUR: Pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet mahu mencari masa sesuai untuk bersemuka dan memohon maaf daripada pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, yang dikasari dalam insiden mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Mengaku kesalahan dibuat, Mazlan, 49, sanggup berhadapan Yahya dan menerima apa sahaja reaksi pengawal keselamatan itu.

Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja Saya silap dan bodoh ketika itu.

Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.

Selebihnya terserahlah kepada Yahya Saya terima dengan hati terbuka, katanya kepada BH Online.

Pagi tadi, anggota kumpulan lawak, Senario itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof, pagi tadi.

Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati, Nilai, pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu kemudian membayar denda, tengah hari tadi.

Mazlan berkata, dia tidak menjangka insiden itu berlaku dan pantas viral.

Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan, katanya.

Mazlan berkata, dia menghormati Yahya seperti ayahnya.

Bagaimanapun, salah faham yang berlaku membuatkan saya tidak sengaja bertindak di luar batasan.

Apa yang berlaku, biarlah saya simpan dalam hati. Saya belum bersedia mahu berkongsi, berikan saya tempoh untuk bertenang dahulu.

Ketika ini, fikiran saya serabut, banyak urusan yang kena selesaikan Saya perlukan masa.

Saya berjanji akan meleraikan kekusutan ini dengan segera. Keluarga dan rakan baik juga menasihatkan saya bertemu dengan Yahya, katanya.

Pelawak kelahiran Kedah itu berkata, dia banyak belajar daripada kesilapan itu.

Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang dalam hidup saya. Makilah, hamunlah Saya terima dengan reda.

Saya mohon maaf dengan hati yang ikhlas, katanya.

Artikel Berkaitan: YAHYA MANAP menganggap denda RM2,000 terhadap Lan Pet-Pet tidak setimpal dengan kecederaan dialaminya selepas dipukul pelawak itu di Nilai, Seremban pada 6 April lalu.

SEREMBAN 15 April Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pet-Pet hanya dikenakan denda sebanyak RM2,000 kerana memukulnya dalam kejadian pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, memandangkan kecederaan yang dialaminya dalam kejadian itu agak teruk.

Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Lan Pet-Pet didenda RM2,000 oleh mahkamah di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai pada 6 April lalu.

Pelawak itu dipercayai bertindak demikian selepas ditegur oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ????

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

:bharian/utusan / menujukebenaran





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts