EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ciri-ciri seseorang yang berjaya

0 month ago, 11-Jan-2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak tengok seseorang ini boleh berjaya atau tidak, lihatlah karakter seharian dia bagaimana. Cukuplah ada 6 ciri-ciri inipun dah cukup hebat.

1. Berilmu

Ada satu falsafah timur mengatakan bahawa, ‘ilmu ini satu perjalanan’. Maka bila cakap soal berjalan ini, dia mesti ada proses. Tidak hanya terhenti atau diam begitu sahaja. Kena ada perlaksanaan.

Oleh itu, nak tengok orang itu berilmu atau tidak, kau tengok pada apa yang dia kerjakan atau praktikkan. Dan benda yang dia lakukan itu perlulah setimpal dengan apa yang dia katakan atau ketahui.

Orang tersebut juga perlu melaburkan masa dan wang ringgit untuk menghadiri program atau seminar bagi menambahkan pengetahuan. Dan beliau telah sedia untuk kosongkan diri terlebih dahulu. Jadi, mudahlah untuk dia terima sesuatu perkara baharu dan melakukan tindakan sebaiknya.

2. Menguruskan Kewangan

Orang berjaya biasanya adalah orang yang bijak urus wang untuk memastikan kestabilan ekonomi diri dan tanggungnya dari masa ke semasa.

Orang itu biasanya tahu membezakan kehendak dan keperluan diri. Dia juga peka pada aliran wang keluar dan masuk. Lebih mantap lagi kalau kau tengok orang tu jenis buat bajet kewangan, rancang apa yang perlu dibayar dan dibeli.

Selain itu, orang itu perlu buka tabung simpanan. Ini sangat penting untuk jangka masa panjang.

3. Menguruskan Masa

Masa bukan dalam kawalan kita, tetapi masa boleh kita urus dengan baik. Biasanya orang berjaya ni selalu sediakan jadual supaya masa mereka lebih teratur sepanjang hari. Dah jadi habit mereka untuk tetapkan peringatan pada Handphone.

Mudahlah nak sentiasa beringat tentang jadual yang ditetapkan. Dalam hal ini, saya recommend kalian guna ‘Google Calendar’. Di situ bolehlah kalian susun masa, dan Gmail account akan terima email mengingatkan kalian tentang perjalanan seharian.

4. Menikmati Hidup

Orang berjaya biasanya menghargai setiap saat yang dilalui dalam kehidupan. Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan. Hal ini disebabkan mereka sangat hargai masa yang diberikan Tuhan.

Mereka tidak tahu samada esok hari masih ada untuk diri mereka sendiri. Yang mereka tahu adalah, fokus pada waktu sekarang. Masa lalu pula hanya sebagai rujukan untuk memperbaiki hari-hari mendatang.

5. Tidak Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Jika nak nikmati hasil titik peluh kita sendiri, belajarlah hargai sendiri. Tak perlu tunggu orang lain. Dan berhenti membandingkan dengan apa yang orang lain miliki. Kita kena terima segala kekurangan dan ‘fix’ sebaik mungkin.

Kita juga perlu berani mencabar kapasiti diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

6. Bersyukur

Orang berjaya mensyukuri setiap kurniaan hidup. Mereka tetap gembira dan berlapang dada walaupan perkara yang diusahakan belum mencapai sasaran. Mereka tetap optimis dan yakin dengan izin Allah, semuanya boleh berlaku.

Sekalipun kita jatuh, bersyukurlah kerana Allah berikan kita dugaan dan berfikir mencari iktihar. Biar kita boleh bangkit dari kegagalan.

Semoga perkongsian oleh Puan Suzy Honey ini dapat buka mata dan hati untuk kita semua, agar dapat ciri-ciri yang dinyatakan di atas serta ia berpihak pada diri kita sendiri.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...