www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ayuh Sertai Himpunan Aman, Tolak Agenda Membobrokkan Perlembagaan Persekutuan

0 month ago, 07-Dec-2018


NIBONG TEBAL, 7 Dis Usaha pihak tertentu yang melakukan agenda membobrokkan Perlembagaan Persekutuan perlu dihalang dengan menyokong Himpunan Ummah bersempena kejayaan membantah Ratifikasi ICERD yang akan diadakan di Dataran Merdeka, esok.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata usaha tersebut digerakkan hari ini untuk melahirkan sokongan penuh terhadap Himpunan Ummah tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa yang akan menjadi petunjuk kepada kekuatan rakyat Malaysia.

Inilah tanda solidariti kita dalam menyampaikan mesej jelas dan ampuh iaitu gelombang rakyat akan bangkit membuak sekiranya hak dan Perlembagaan Persekutuan cuba diusik dan dipermainkan.

Lihatlah, hampir setiap hari ada saja himpunan, forum, diskusi, ceramah dan pelbagai lagi yang dianjurkan oleh pelbagai golongan tanpa mengira fahaman politik dengan bersatu demi agenda besar membantah ratifikasi ICERD yang dibentangkan oleh Wathya Moorty (Menteri Perpaduan & Kesejahteraan Sosial).

Kita ingin mengingatkan kepada semua pihak agar jangan sesekali mengusik dan cuba menjadikan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta Perlembagaan Persekutuan sebagai bahan untuk uji kaji dan provokasi. Natijah buruk padahnya, ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua masyarakat tanpa mengira fahaman untuk bersama-sama turun dan hadir sebagai tanda jihad, solidariti dan kasih sayang mempertahankan hak dan Perlembagaan Persekutuan.

Inilah perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara. Tidak perlu bimbang kerana himpunan ini sudah pun mendapat kelulusan daripada PDRM dan DBKL. Pihak penganjur juga telah menyediakan khidmat guaman sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Kepada pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan kebebasan berhimpun dan bersuara, hormatilah suara rakyat. Tidak perlu menakut-nakutkan rakyat dan membuat pelbagai provokasi kepada peserta himpunan ummah ini. Jangan di depan cakap lain di belakang buat lain. Sebagai rakyat Malaysia kami akan berhimpun dengan aman dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Untuk peserta himpunan pula, ikutlah prosedur dan undang-undang. Berilah kerjasama kepada penganjur dan pihak berkuasa agar himpunan ini berjalan dengan lancarnya, ujarnya lagi. – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts