EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Serlahkan Cahaya Dari Dalam

2 month ago, 24-Mar-2020

EH! terpanggil untuk mengetengahkan satu item baharu yang bukan sahaja memberi wajah tampak sihat tetapi juga beri keserian cahaya yang menakjubkan hanya dalam satu minggu dengan Lucent Illuminating Micro-Spot Serum #ALIVEwithBeauty

Synonym sebagai satu jenama yang sentiasa merai nilai diversity tau kepelbagaian, Shisiedo hari ini mahu menerokai lebih dalam menerusi ciptaan item kecantikan yang sesuai buat kesemua jenis kulit dan memberi cahaya kesempurnaan agar kulit tampil lebih bersinar dan berseri. Kini tiada lagi masaalah tompok hitam, kulit kusam dan ton tidak sekata.

Ini semua boleh dikecapi dengan teknologi baharu dari Shiseido ReNeura Technology+ dan SAKURA-Bright System, menurut kajian yang dijalankan dua sumber teknologi ini mampu mengembalikan kulit yang sihat, cerah dan tampak lebih segar dari biasa. Shiseido telah menjalankan kajian ke atas 95 wanita asia dalam umur 35-55 tahun dan mendapati serum ini 90% membaiki kulit kusam, 89% memebri kulit lebih sekata 89% lebih cerah dan 89% lebih berseri dan sempurna selepas penggunaan satu minggu.

Serum magis ini punya tekstur yang ringan dan menyegarkan kala diaplikasi, ia juga meresap dengan pantas dan meningalkan rasa lembut dan lembap sehingga 24 jam. Apa yang membuatkan ia tampil lebih menyegarkan adalah dengan aroma yang natural. Ia dirumus bersama bau bunga-bungaan dan buah antaranya Sudachi (japanese citrus), grapefruit, sweet orange & pir sebagai nota atas, kuntuman melati, mangnolia & ylang-ylang sebagai nota tengah dan musk, amber dan vanila sebagai nota asas.

Penggunaanya juga mudah, ada dua cara yang berkesan yang boleh dicuba, pertama dengan mengolesnya pada seluruh wajah, ambil dua pam serum dan calit pada empat bahagian wajah (dahi, pipi kanan dan kiri, hidung dan dagu) urut wajah dari bawah ke atas secara putaran, atau cara kedua aplikasikan amaun sedikit di jari anda dan sapu pada bahagian bermasalah seperti kesan tompok hitam, jeragat dan bahagian kulit tidak sekata dan urut lembut menggunakan jari.


SUMBER : eh.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...