EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sering pedih hulu hati, salad antara 10 makanan bantu tangani penyakit ini

0 month ago, 20-Nov-2020

GELISAH, tekak rasa sangat penuh, sukar untuk menelan, perut panas dan sentiasa sendawa.

Itulah gejala biasa masalah pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

Ada sesetengah orang yang makan apa pun masih tak dapat hilangkan gejala itu sampaikan nak tidur malam pun susah.

Biasanya, orang yang badan berisi atau mengandung sering terkena. Begitu juga mereka yang suka makan lewat malam.

Pastinya, mereka yang sudah biasa dengan gejala itu, gastrik reflux memang ada di dalam peti ais.

Betul kan?

Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik pula kedai jauh apatah lagi diserang ketika sudah larut malam.

Jadi, bagaimana cara nak cegah dan atasinya?

Artikel berkaitan:Masalah angin dalam badan, 6 cara menghadapinya

Mudah sahaja, ubahlah diet anda.

Berikut SinarPlus senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Jadikan ia rutin dalam makanan anda selepas ini.

1) Dada ayam Seeloknya dipanggang.

2) Air putih Air gula sangat tidak bagus untuk GERD.

3) Teh halia Minuman kopi dan teh lain mengandungi banyak kafein. Ia juga tidak bagus untuk GERD.

4) Tembikai Buah yang kurang berasid. (Jangan sesekali makan buah oren).

5) Nasi perang Nasi yang lebih lama untuk dicerna. Ia sangat bagus untuk GERD.

6) Bijirin (oat) Sarapan yang bagus kerana membuatkan perut penuh dan tahan lama.

7) Kentang Sebaiknya dipanggang atau dibakar. (Jangan goreng dengan bawang kerana boleh menyebabkan lagi teruk gastrik).

8. Minyak zaitun Makanan berminyak akan buat GERD semakin teruk. Tetapi, jika nak makanan menjadi lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun

9) Sayur salad Sangat baik bagi mengurangkan angin dalam badan.

10) Sayur adas Boleh melegakan sakit GERD sebab ia kurang berasid.

Semoga apa yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah GERD.

Namun, jika ia masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor.

: Public Health Malaysia.

Post Views: 2





Live Website Traffic


loading...