EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sepupu Khabib Mirip Wajahnya Bermain Untuk Pasukannya Melakukan Voli Cantik Sangat

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Keluarga Khabib Nurmagomedov memang dikenali sebagai seorang peminat bola sepak selain daripada sukan gusti.

Beliau sendiri mengakui bahawa mereka sekeluarga ada kelab yang mereka minat masing masing masing. Oleh itu Khabib memiliki pasukan bola sepaknya sendiri iaitu Sildi yang bermain dalam Liga Amatur Rusia, LFL.

Dan semalam tular video di mana sepupu Khabib yang mirip wajah beliau melakukan separa voli / half volley cantik dari luar kotak penalti.

Segalanya bermula apabila pertahanan lawan tidak mengeluarkan bola dengan lebih kemas. Dan pemain berjersi no.6 yang bermain untuk pasukan Khabib sepupu kepada Khabib telah melancarkan roket jarak jauh.

Bola melantun betul betul di depan matanya, tanpa berlengah satu rembatan padu ke top corner dilepaskan.

Sepupu Khabib itu menggunakan nama akaun IG Gazimagomedov menjadi perhatian dunia kerana gol cantik itu. Gol itu dikongsikan di dalam akaun IG Lfl_05.

Selain daripada gol tersebut Lfl_05 juga berkongsi satu gol cantik menerusi libasan gunting ala Ibrahimovic. Memang meriah semacam page tersebut.



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...