EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Seorang Wanita Jumpa SESUATU Dlm Bakso Yg Buat Ramai LOYA.

0 month ago, 10-May-2022

Seorang Wanita Jumpa SESUATU Dlm Bakso Yg Buat Ramai LOYA. | JAKARTA Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang pelanggan wanita yang mendakwa menemui seketul daging menyerupai ekor tikus dalam mangkuk berisi bakso, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram @leogirl631 dan kemudian dikongsikan pada akaun Instagram bernama @gosipnyinyir2.

Bakso itu dihidangkan di atas sebuah mangkuk plastik berwarna jingga. Kelihatan bakso itu dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimakan.

Pelanggan itu kemudian berhenti makan apabila melihat ketulan daging berbentuk seperti ekor tikus.

Wanita itu gagal memotong kepingan daging tersebut kerana teksturnya yang kenyal seperti ekor haiwan.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada ketulan daging itu benar-benar ekor haiwan atau tidak.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Kalau harga ayam atau daging mahal, harga bakso boleh dinaikkan. Jangan menipu guna daging tikus, tulis seorang netizen.

Kalau boleh beritahu siapa yang menjualnya dan di mana biar cepat diselesaikan. Kesannya berlaku keatas peniaga bakso lain. Semoga isu ini tidak terlepas dalam kalangan masyarakat, komen netizen lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Kamera (@faktakamera)

: Kosmo

Seorang Wanita Jumpa SESUATU Dlm Bakso Yg Buat Ramai LOYA. KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...