EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Seorang rakyat China yang memuat naik situasi semasa berkenaan virus korona di China dilaporkan hilang

7 month ago, 10-Feb-2020

Setelah beberapa bulan sejak virus korona dikenalpasti pada Disember 2019, topik ini masih lagi mendapat perhatian kerana bilangan kes yang semakin meningkat, seiring dengan bilangan kes yang berjaya sembuh sepenuhnya di beberapa negara termasuklah Malaysia.

???/YouTube

Bagaimanapun, di negara China, dua orang warganegaranya yang pernah membuat liputan di internet berkaitan keadaan sebenar yang berlaku di China telah dilaporkan menerima kesan tindakan yang dilakukan.

Dua orang lelaki berkenaan, iaitu Chen Qiushi dan Fang Bin telah membuka mata seluruh penduduk di dunia dengan kiriman-kiriman gambar dan video situasi yang sebenarnya berlaku di China pada masa ini.

??? pic.twitter.com/h8w6fHs2m8

???????? (@chenqiushi404) January 31, 2020

@chenqiushi404/Twitter

Bagaimanapun, baru-baru ini, Chen dilaporkan telah hilang walaupun sebelumnya ditemui dalam keadaan sihat dan mempunyai suhu badan normal.

"Wartawan rakyat China Chen Quisi telah hilang sejak jam 7.00 petang malam semalam. Dia telah pergi ke Wuhan untuk membuat liputan mengenai wabak Wuhan. Keluarga dan rakan-rakannya dalam keadaan yang sangat bimbang. Tolong hebahkan berita ini dan beri sokongan padanya," tulis saudara Chen melalui akaun Twitter Chen pada 7 Februari lalu.

Chinese citizen journalist Chen Qiushi has been missing since 7:00 PM last night. He traveled to Wuhan to report on the coronavirus outbreak. His family and friends are deeply worried. Please help to spread the news and support him.@BBCBreaking@cnnbrk@FoxNews@TIME@nytimes https://t.co/0mf9sada5A

???????? (@chenqiushi404) February 7, 2020

@chenqiushi404/Twitter

Menurut The Sun, telefon bimbit Chen juga tidak berjawab walaupun masih boleh dicapai.

Sebelum berita kehilangannya, Chen juga begitu berani mengeluarkan kenyataan seperti mengkritik tahap kebersihan hospital yang menempatkan sebanyak kira-kira 1,000 orang pesakit.

"Sangat mudah untuk meletakkan 1,000 buah katil di dalam stadium, tetapi bagaimana dengan 1,000 orang yang makan bersama-sama? Bagaimana untuk mandi, bagaimana untuk pergi ke tandas?" tulis Chen di Twitter.

???/YouTube

Fang Bin pula bagaimanapun dilaporkan telah ditahan sebelum dibebaskan oleh pihak berkuasa pada minggu lepas kerana telah memuat naik video yang menunjukkan sejumlah pesakit virus korona yang dibawa masuk ke dalam bas.

Berikutan penularan gambaran sebenar yang berlaku di China, para pemerhati internet China telah meningkatkan lagi usaha mereka dengan melakukan "pengawasan bersasar" di laman sosial terbesar seperti Weibo, WeChat dan ByteDance's Douyin.

Bagaimanapun, selepas berita kematian seorang doktor di China yang didakwa merupakan antara insan pertama yang mengenalpasti kewujudan wabak virus korona, kemarahan rakyat di China dilaporkan semakin membuak-buak.

???/YouTube

Berikutan itu, walaupun laman sosial seperti Twitter telah disekat di China, namun, rakyatnya telah menggunakan lawan sesawang peribadi untuk mengakses laman berkenaan bagi menyebarluaskan maklumat yang ditapis oleh kerajaan China.

"Terdapat lebih banyak aktiviti yang berlaku di Twitter berbanding di laman Weibo dan WeChat," kata Maya Wang, penyelidik kanan China di Pemerhati Hak Asasi.

Disebabkan itu, rejim Parti Komunis China dikatakan sedang "menghidupkan semula kawalannya terhadap media sosial, kerana bimbang boleh membawa kepada keadaan panik yang tersebar luas," tambah Wang lagi.

???/YouTube

Menurut laman Free Malaysia Today, kerajaan China telah mula mengawal penggunaan laman WeChat setelah sejumlah pengguna WeChat mengadu bahawa akaun mereka telah terkunci selepas beberapa orang dalam kumpulan (group chat) mula berinteraksi mengenai virus korona.

Tambah buruk lagi, penguncian terhadap akaun ini turut melibatkan kehilangan akses kepada semua perkara dalam aplikasi berkenaan, termasuklah wang dalam dompet WeChat.

Kesan daripada pengawalan itu, ramai penduduk China semakin berhati-hati dan mengingatkan sesama sendiri untuk tidak berbicara mengenai topik wabak korona atau apa-apa yang berkaitan dengannya.

Seorang rakyat China yang memuat naik situasi semasa berkenaan virus korona di China dilaporkan hilang Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...