EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Seorang yang paling rapat sudah meninggal dunia, Tun M luah rasa sedih

0 month ago, 19-Nov-2020

PEMERGIAN tokoh politik Kedah, Khalid Julong yang menghembuskan nafas terakhir pada Rabu (semalam).

Ia disifatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kehilangan yang besar.

Dalam tulisan terbaru di blog miliknya, Chedet.cc, Dr Mahathir meluahkan rasa sedih di atas berita kematian sahabatnya itu.

Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu, tulisnya.

Khalid atau nama sebenarnya, Tan Sri Khalid Abdullah, 98, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC), pada Rabu.

Selain pemergian Khalid, bekas Perdana Menteri itu turut meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya yang lain meninggal dunia.

Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian, katanya.

Mengimbau detik perkenalan, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau dan Khalid bersama selepas tamat sahaja perang Dunia Kedua.

Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya, katanya.

Menurutnya, British merancang untuk merampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka.

Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka, katanya.

Dalam hantaran itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham Khalid dirahmati Allah.

Khalid selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Hussain di Alor Setar, pada Rabu. SINAR HARIAN

Seorang yang paling rapat sudah meninggal dunia, Tun M luah rasa sedih

Kehidupan awal Tun Mahathir

Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik dan diberikan nama gelaran Che Det.

Walaupun tarikh lahir beliau di dalam surat beranak adalah 20 Disember 1925, namun Tun Mahathir sebenarnya lahir pada 10 Julai.

Tun Mahathir tidaklah dilahirkan dalam keluarga bangsawan atau keluarga agama atau politik yang terkenal.

Zaman persekolahan

Tun Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki sekolah Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid

sekolah di mana bapanya, Mohamad bin Iskander merupakan pengetua Melayu pertama.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 2 469

Beliau sangat terkenal di sekolahnya termasuklah dalam aktiviti berdebat serta mempunyai kemahiran bahasa Inggerisnya yang hebat.

Tun Mahathir juga menunjukkan minat dalam bidang sukan dengan bermain ragbi untuk pasukan sekolah.

Sehari selepas Tun Mahathir menduduki Peperiksaan Junior Cambridge, pelajarannya terganggu akibat Jepun melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara pada Perang Dunia Kedua melalui Thailand.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 8

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 3 825

Sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu terpaksa ditutup membuatkan beliau terpaksa berhenti sekolah.

Ketika ini Tun Mahathir menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual kopi.

Dan kemudiannya pisang goreng serta snek-snek lain di Pekan Rabu membantu keluarganya.

Zaman kolej dan pekerjaan

Setelah p3rang tamat, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah selepas menduduki peperiksaan Senior Cambridge.

San menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII (kini dikenali Universiti Kebangsaan Singapura) pada tahun 1947.

Ketika inilah beliau bertemu dengan bakal isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, yang juga seorang pelajar perubatan.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 6 636

Ketika sedang di kolej, Tun Mahathir aktif menulis untuk akhbar The Sunday Times (kini dikenali sebagai The Straits Times) menggunakan nama penanya, C.H.E Det.

Penulisannya banyak mengisahkan tentang masalah-masalah orang Melayu.

Selepas menamatkan pelajaran pada tahun 1953, Tun Mahathir memulakan khidmatnya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

tun mahathir sejarah ringkas perdana menteri malaysia ketujuh 7

Pada Ogos 1956, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah melansungkan perkahwinan mereka.

Dan memperoleh cahaya mata pertama, Marina pada tahun 1957.

Pada tahun yang sama, Tun Mahathir berhenti berkhidmat untuk kerajaan bagi menubuhkan klinik sendiri diberi nama Klinik Maha.

yang merupakan klinik swasta pertama negara milik orang Melayu pada ketika itu.



SUMBER : budaksitu.pw



Live Website Traffic


loading...