www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Seorang lelaki mengasingkan dirinya selama 25 tahun untuk mengukir arca di dalam gua yang mempesonakan

0 month ago, 13-Jan-2019


Sebut sahaja gua pasti sudah terbayang di fikiran kita itu adalah satu tempat yang gelap, menyeramkan dan terdapat haiwan yang berbisa bersedia untuk menyerang kita. Pasti gua adalah tempat terakhir yang akan anda lawati dalam seumur hidup anda bukan? Namun mungkin fikiran anda akan berubah apabila melihat gua ini dan mahu melawatinya.

Kredit: YouTube

Ra Paulette ialah seorang pemahat arca Amerika yang menetap di New Mexico. Dia telah menghabiskan kebanyakan masanya menggali lereng bukit untuk menghasilkan rekaan yang cantik. Dia telah mengasingkan dirinya selama 25 tahun untuk mereka bentuk dan mengukir arca yang sangat mengagumkan dan kini dia melakukannya dengan lebih banyak lagi!

Kredit: YouTube

Pada mulanya Ra adalah artis yang tidak dikenali sehinggalah kisahnya menjadi tular.Ra menganggap hasil kerjanya itu adalah satu syurga ketenangan dan kedamaian.

Melalui kerja keras Ra, ketabahan dan keinginan kuatnya untuk menggali gua dan mencipta seni, gua-gua ini menjadi 'syurga' buat sesetengah orang.

Dalam kesunyian kawasan bukit terdengar bunyi ketukan dan itulah Ra yang memahat gua untuk mencipta arca yang menarik dan hebat.

Kredit: YouTube

Di 14 buah gua yang berbeza di padang pasir di Utara Santa Fe, Ra telah mencipta dunia fantasi di bawah tanah dengan hanya menggunakan dua tangannya.

Kredit: YouTube

Semua gua yang diukir oleh Ra berbeza-beza. Ada gua yang mempunyai pintu masuk kecil atau skylightyang membenarkan cahaya matahari masuk melaluinya.

Kredit: YouTube

Kredit: Atlas Obscura

Ra juga mengukir bangku di dalam dinding, bekas untuk meletakkan lilin, katil, corak bunga, corak akar kayu dan pelbagai lagi bentuk arca.

Kredit: YouTube

Ra menganggap apa yang dilakukannya itu lebih kepada hobi atau perkhidmatan awam dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan wang. Kebiasaannya, selepas siap mengukir, Ra akan meninggalkan gua tersebut sehingga ditemui oleh orang lain.

Kredit: YouTube

Ra berharap setiap orang yang datang ke gua tersebut selepasnya akan menemui kedamaian dan ketenangan. Dia berasa gembira semasa menggali dan mengukir gua tersebut dan bukannya apabila tiba di peringkat akhir mengukir.

Kredit: YouTube

Kredit : CBS Sunday Morning | YouTube

: ELITE READERS, ATLAS OBSCURA ,CBS Sunday Morning | YouTube

Seorang lelaki mengasingkan dirinya selama 25 tahun untuk mengukir arca di dalam gua yang mempesonakan Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts