www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Seorang ibu dan anak ini hanya mampu pesan semangkuk mi, jadi pemilik kedai itu terpaksa menipu mereka semata-mata untuk berikan makanan percuma

0 month ago, 17-Apr-2019


Benarlah kata orang pengorbanan seorang ibu itu tidak ternilai. Ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka mendapatkan apa yang mereka perlukan walaupun keperluan ibu itu sendiri tidak mencukupi.

Kisah seorang wanita dan anaknya yang berusia 8 tahun ini pasti akan membuka mata anda betapa besarnya pengorbanan seorang ibu serta turut memperlihatkan bahawa masih wujud insan yang baik di luar sana...

Pada suatu hari yang agak panas saya memutuskan untuk makan tengah hari di sebuah kedai mi berhampiran dengan pejabat tempat saya bekerja. Apabil sampai di kedai, mata saya tertarik kepada seorang ibu dan anaknya yang duduk tidak jauh dari meja saya. Perbualan mereka berdua telah menarik minat saya.

Walaupun mereka datang berdua namun hanya ada semangkuk mi di atas meja mereka.

"Ibu, adakah ibu sudah makan?" tanya anak kecil itu kepada ibunya.

"Ya, ibu sudah makan. Kamu makanlah mi ini," jawab si ibu sambil tersenyum dan mengusap kepala anaknya dengan lembut.

Si anak terus makan mi di depannya dengan gembira dan tidak lama selepas itu semangkuk mi tersebut telah habis dimakan dan yang tinggal hanya sedikit kuah supnya.

Ketika wanita itu melihat mangkuk di depan anaknya itu dia pun berkata, "tiba-tiba ibu berasa sedikit haus."

"Adakah ibu mahu minum sup itu?" tanya si kecil sambil menolak perlahan mangkuk hampir kosong itu ke arah ibunya. Ibunya kemudian terus menghirup sup tersebut dengan segera seolah-olah dia belum makan apa-apa hari itu. Setelah selesai makan mereka bangun untuk membayar makanan mereka namun dihalang oleh pemilik kedai tersebut.

Mereka kemudian sekali lagi duduk di meja makan dan menunggu pemilik kedai tadi dalam keadaan runsing. Tidak lama selepas itu pemilik kedai makan itu keluar dari dapur dengan membawa semangkuk mi sup yang masih panas dan meletakkannya di atas meja mereka. Dia kemudian berkata, "Tahniah! Anda telah terpilih secara rawak untuk menikmati semangkuk mi percuma!"

Oleh kerana terlalu gembira wanita itu terasa seperti ingin menangis sambil tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai tersebut. Selepas beberapa minit, mi tersebut habis dimakan dan hal itu jelas sekali menunjukkan bahawa wanita itu sebenarnya kelaparan.

Kejadian ini adalah sesuatu yang agak aneh bagi saya kerana saya adalah pelanggan tetap kedai itu dan selama ini saya tidak pernah melihat pemilik kedai makan tersebut memberikan mi percuma kepada mana-mana pelanggan.

Seminggu berlalu dan saya pergi ke kedai itu sekali lagi...

Seorang budak kecil kemudian masuk ke kedai tersebut dan bertanya kepada pemiliknya "pak cik, adakah masih ada hadiah mi percuma pada hari ini?"

Saya sedar bahawa dia adalah kanak-kanak lelaki yang sama yang saya lihat minggu lalu dan kali ini dia hanya datang bersendirian tanpa ibunya. Pemilik kedai tersebut memandangnya dan memberitahu bahawa tawaran mi percuma masih terbuka.

Kanak-kanak lelaki itu kelegaan dan berkata, "nasib baik, kerana saya sangat suka mi itu dan ibu saya pula suka akan supnya."

Pemilik kedai tersebut memintanya untuk duduk dahulu dan dia kemudian datang kepada saya dan berbisik, "bolehkah kamu ikut saya sekejap?" saya terus mengikutinya dan dia berkata, "maafkan saya tetapi saya perlukan bantuan kamu. Bolehkah kamu berpura-pura memenangi mi percuma dan kemudian berikan mi tersebut kepada budak lelaki itu? Saya tidak mahu perkara ini diketahui."

Saya tersentuh dengan niat baik pemilik kedai tersebut dan dengan serta merta saya pun bersetuju dengan ideanya. Saya kemudian kembali ke tempat duduk saya semula dan tidak lama kemudian pemilik kedai itu keluar dari dapur dengan memegang sekeping kertas. Dia kemudian mengumumkan bahawa pemenang mi percuma hari itu adalah meja bernombor empat.

Mendengar sahaja pengumuman itu membuatkan kanak-kanak itu terus kecewa kerana gagal mendapat cabutan bertuah. Dia pantas berdiri namun saya segera memanggilnya.

Saya berkata kepadanya, "mak cik baru sahaja makan dan tidak boleh makan lagi, bolehkah anda mengambil mi ini?"

Wajah kanak-kanak lelaki itu langsung bercahaya dan dia pantas mengangguk. Dia mengambil bungkusan mi dan mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai itu sebelum dia meninggalkan kedai makan itu.

"Ibu kamu tidak datang hari ini?" tanya pemilik kedai itu.

"Ibu saya sakit, dia tidak dapat tidur," jawab kanak-kanak itu sambil memandang ke arah tanah.

"Adakah kamu mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga yang lain?"

"Nenek dan datuk saya telah meninggal dunia dan saya tidak pernah berjumpa dengan ayah saya ..."

"Adakah ibu kamu bekerja?"

"Tidak, kerana ibu saya lemah dan dia tidak boleh berdiri lama. Saya sudah cukup besar dan saya boleh menjaga ibu saya! Saya boleh cari duit sekarang!"

Pemilik kedai itu begitu kagum dengan kesungguhan dan ketabahan anak kecil itu bekerja untuk membantu ibunya yang sakit.

"Apa yang kamu lakukan?" tanya pemilik kedai itu.

Kanak-kanak itu menjawab, "pagi hingga ke malam saya menjaga gerai!"

Pemilik kedai itu kemudian meletakkan tangannya di atas bahu kanak-kanak lelaki itu dan berkata: "Lain kali kamu boleh datang dan membantu pak cik menyapu lantai jadi kamu dan ibu kamu boleh datang dan makan di sini secara percuma."

Kanak-kanak itu tersenyum gembira sehingga pipinya kemerah-merahan sebelum dia meninggalkan kedai.

Beberapa hari selepas berlakunya kejadian itu saya berjalan-jalan di deretan gerai dan di situlah saya mula perasan sesuatu yang menarik. Mata saya tiba-tiba tertumpu pada seorang kanak-kanak kecil yang saya jumpa di kedai mi dahulu.

Kanak-kanak itu berdiri di sebuah gerai di pasar tersebut dalam keadaan yang berpeluh. Dia menjual bermacam jenis penyepit rambut pelbagai bentuk dan warna yang dibuat sendiri oleh ibunya.

Sejak menemui gerai itu, saya telah menjadi pelanggan setia mereka.

Tindakan murni seperti pemilik kedai itu memang patut dipuji dan kita pun perlu mencontohinya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua orang untuk melakukan kebaikan kepada sesiapa pun.

Era baru

Seorang ibu dan anak ini hanya mampu pesan semangkuk mi, jadi pemilik kedai itu terpaksa ‘menipu’ mereka semata-mata untuk berikan makanan percuma Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts