www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Seorang ibu bersama anak perempuannya ditarik keluar daripada kereta oleh perompak di Klang

0 month ago, 16-May-2019


KLANG Aksi dua orang perompak di Taman Mewah Baru yang difahamkan telah memecahkan tingkap kereta yang dinaiki oleh seorang wanita bersama anaknya telah dirakam menerusi kamera litar tertutup CCTV, sebelum menarik keluar kedua-dua mangsa keluar daripada kereta.

??Kap?|Facebook

MenurutChina Press, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pada jam 6 pagi pada 13 Mei lalu.

Wanita berkenaan ketika itu dipercayai mahu menghantar anak perempuannya ke sekolah sebelum insiden berkenaan berlaku. Rakaman CCTV menunjukkan mangsa yang perasan akan kedatangan kereta suspek, bertindak memberikan laluan.

??Kap?|Facebook

Namun, suspek bertindak menghalang jalan mangsa agar mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana. Sementara itu, salah seorang daripada suspek mula memecahkan tingkap kereta pada bahagian pemandu.

Setelah berjaya membuka kunci pintu kereta mangsa, perompak tersebut menarik kedua-dua mangsa keluar daripada kereta dan salah seorang suspek kemudian memasuki kereta berkenaan.

??Kap?|Facebook

Wanita tersebut juga sempat membuka pintu kereta bahagian penumpang belakang untuk mencapai beg tangan sebelum kereta itu dilarikan.

Satu laporan polis telah dibuat berkenaan dengan insiden ini. Menurut Sin Chew Daily, Ketua Polis bahagian Selatan Klang, ACPShamsul Amar berkata kini pihak polis sedang memburu kedua-dua suspek.

China Press

Berikut merupakan rakaman insiden berkenaan:

: Says, Sin Chew Daily

Seorang ibu bersama anak perempuannya ditarik keluar daripada kereta oleh perompak di Klang Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts