EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buat sendiri bar coklat fruit and nut di rumah. Senang je, cubalah

0 month ago, 09-Jun-2021

Suka makan bar coklat tetapi nak membeli selalu, kosnya agak tinggi. Namun tahukah anda boleh membuat bar coklat sendiri di rumah? Malah bahan-bahan di dalamnya boleh dimodifikasi mengikut citarasa sendiri.

Jika sukakan buah dan kacang, boleh ikut resipi yang dikongsikan ini. Namun anda boleh masukkan biskut atau apa sahaja yang disukai.

Jom cuba resipi dan tip yang dikongsikan Mashitah Amin ini.

Bahan :

Bar coklat Beryls

Kekacang

Buah kering

Cara :

1. Sangai kekacang sehingga perang dan sejukkan.

2. Cairkan coklat (coklat beryls milk compound) menggunakan kaedah double boil.

3. Masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam coklat yang sudah cair. Gaul sebati dan masukkan ke dalam acuan yang dilapik dengan baking paper. Selepas sejuk dan keras, boleh dipotong mengikut citarasa.

: Mashitah Amin



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...