EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM senaraikan 10 makanan mengandungi lemak tepu yang tinggi, rakyat Malaysia disaran elak makan ayam goreng

0 month ago, 23-Jul-2020

Makanan adalah salah satu perkara yang wajib dalam kehidupan setiap manusia. Tanpa makanan, kita tidak akan memiliki bekalan tenaga yang mencukupi untuk melakukan kerja seharian. Namun, bagi mengelakkan berlakunya kes obesiti dan penyakit-penyakit lain, kita digalakkan untuk mengamalkan diet pemakanan seimbang mengikut piramid makanan di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Ramai yang tidak sedar akan jumlah pengambilan kalori dalam makanan. Ada segelintir individu yang peka akan makanan yang mengandungi lemak kolestrol tinggi dan ada juga yang tidak mengendahkan tentang perkara tersebut. Asalkan makanan itu sedap dan mengenyangkan.

Baru-baru ini, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya telah menyenaraikan 10 jenis makanan yang mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Makanan-makanan seperti ini haruslah dielakkan pengambilannya kerana boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit seperti obesiti, jantung dan sebagainya. Mari kita lihat 10 jenis makanan yang tidak sihat tersebut.

#1 Keropok lekor

Keropok lekor merupakan antara juadah minum petang yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Tetapi tahukah anda bahawa 6 keping keropok lekor yang anda makan itu mengandungi sebanyak 2 SUDU TEH lemak tepu!

#2 Roti canai

Antara sajian sarapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur. Dicicah pula dengan kuah dal, kari atau susu pekat manis memang membangkitkan selera. Namun, kandungan lemak tepu yang tinggi dalam sekeping roti canai telur adalah sangat membimbangkan. Bayangkan jika anda makan lebih daripada sekeping?

#3 Donut

Kuih donut adalah kuih kegemaran dan wajib dijual oleh setiap gerai pada waktu petang. Donut yang gebu disaluti dengan gula sememangnya menjadi pelengkap juadah minum petang. Namun, tahukah anda bahawa sebanyak 3 SUDU TEH lemak tepu terkandung di dalam dua biji donut bergula? Makanan yang harus dielakkan sepenuhnya!

#4 Laddu

Laddu adalah kuih tradisional masyarakat India yang diperbuat daripada tepung, minyak dan juga gula. Rasanya memang sedap tetapi dua biji laddu dikatakan mengandungi 15 gram atau 3 SUDU TEH lemak tepu. Bayangkan berapa banyak senaman yang perlu anda lakukan untuk menyingkirkan semula lemak-lemak ini?

#5 Roti John

Ada roti john ayam dan ada roti john daging. Kedua-duanya sedap dimakan ketika panas dan seringkali dijual di pasar malam mahupun di bazar Ramadhan. Untuk tiga potong roti john ayam, kandungan lemak tepunya adalah sebanyak 3.4 SUDU TEH bersamaan 17.2 gram! Bahaya!

#6 Karipap

Siapa tidak suka karipap? Ada tak sesiapa yang takut nak makan karipap selepas ini setelah mengetahui sebanyak 4 SUDU TEH lemak tepu yang terkandung dalam 3 biji karipap? Ada??

#7 Nugget ayam

Makanan kegemaran ramai terutamanya orang bujang dan kanak-kanak. Nugget memang boleh jadi pelengkap hidangan yang mudah untuk disediakan tetapi ianya tidak menyihatkan! Sebanyak 4 SUDU TEH lemak tepu ada di dalam enam ketul nugget ayam. Patutlah semakin ramai rakyat Malaysia yang obesiti.

#8 Kuih bom

Satu lagi kuih tradisional tempatan iaitu kuih bom. Untuk tiga biji kuih bom, terdapat sebanyak 4 SUDU TEH lemak tepu yang bersamaan dengan 19.2 gram lemak. Banyak lemak!

#9 Burger keju

Antara makanan terlaris di restoran makanan segera mahupun di gerai burger. Kandungan keju ditambah pula dengan kaedah masakan yang menggunakan minyak menyebabkan sajian ini mengandungi sebanyak 5 SUDU TEH lemak tepu.

#10 Ayam goreng

Ayam goreng, makanan kegemaran kanak-kanak terutamanya Upin dan Ipin. Setiap hari dapat makan ayam goreng pun sudah dianggap sebagai satu nikmat besar. Bagaimana pula dengan kandungan lemak tepunya? Seketul ayam goreng bersamaan dengan 6 SUDU TEH lemak tepu yang cukup membahayakan memandangkan sajian ini adalah sajian utama yang sering diambil oleh rakyat Malaysia!

Jadi buat anda semua, tidak salah untuk anda menikmati makanan-makanan seperti yang tersenarai di atas. Tetapi, makanlah pada kadar yang sewajarnya dan rajinkan diri untuk bersenam bagi memastikan tubuh kekal aktif dan sihat.

KKM senaraikan 10 makanan mengandungi lemak tepu yang tinggi, rakyat Malaysia disaran elak makan ayam goreng Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...