EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini 10 Senarai Permohonan Biasiswa Bagi Lepasan SPM 2020

0 month ago, 10-Jun-2021

Setelah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, sudah pasti pelbagai aturan perancangan berhubung lanjutan pengajian menjadi sasaran para pelajar.

Menyedari kepentingan itu, disini terdapat beberapa senarai Biasiswa dana yang boleh dijadikan rujukan kumpulan belia:

Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia

BNM kini membuka peluang tawaran biasiswa kepada mana-mana individu yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang berkaitan kewangan.

Peluang permohonan dibuka 11 Jun sehingga 27 Jun 2021.

Portal: Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia

Kelayakan umum:

  • Minimum perolehi keputusan 8A SPM hanya gred A+ dan A sahaja
  • Memiliki potensi kerja berkumpulan dan prestasi yang menyerlah
  • Berumur tidak lebihi 19 tahun sehingga 1 Julai 2021
  • Setelah akhiri pengajian, graduan perlu berkhidmat selama 1 hingga 2 tahun bersama perkhidmatan Bank

Biasiswa Program Khas JPA-MARA

JPA-MARA kini tampil dengan penawaran khas buat pelajar bumiputera yang memperolehi keputusan cemerlang pada SPM 2020.

Peluang permohonan dibuka 10 Jun sehingga 23 Jun 2021.

Portal: Penajaan Program Khas JPA-MARA Untuk Lepasan SPM 2020

Kelayakan umum:

  • Pemohon dan salah seorang ibubapa perlu berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Memiliki kesihatan baik
  • Ibubapa tidak disenaraihitam oleh JPA atau sedang terima tindakan perundangan dari JPA
  • Tidak menerima bantuan dana/tajaan dari mana-mana agensi pengajian
  • Menduduki SPM 2020 buat kali pertama
  • Berumur tidak lebihi 19 tahun pada 31 Disember 2020
  • Syarat khusus untuk lanjutan akademik ke luar negara adalah perolehi 5A (hanya gred A+ dan A sahaja) dan 2A- untuk subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah syarat khusus ini boleh diteliti pada laman permohonan

Biasiswa Yayasan Khazanah Global

Biasiswa Yayasan Khazanah Global kini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Pascasiswazah di universiti terpilih di seluruh dunia.

Bagaimanpun untuk permohonan lepasan SPM 2020, yang berjaya melepasi kriteria akan dihantar ke Kolej Yayasan UEM (KYUEM) untuk mengikuti Program A-Level.

Peluang permohonan dibuka 11 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Portal: Penajaan Yayasan Khazanah

  • Mendapat minimum 8A (gabungan A dan A+) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE baru-baru ini
  • Mendapat A atau A + dalam mata pelajaran teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik (hanya untuk SPM)
  • Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran pengajian asas

Program Tajaan Pendidikan PETRONAS 2021

Untuk makluman, PETRONAS sebelum ini telah berjaya menawarkan tajaan pendidikan kepada lebih 36,000 graduan yang memiliki prestasi cemerlang. Kini tawaran tersebut dibuka pada tahun ini untuk pelajar lepasan SPM 2020.

Khususnya untuk pelajar yang berminat menyertai bidang berkaitan minyak dan gas.

Peluang permohonan dibuka 10 Jun sehingga 20 Jun 2021 (5.00 petang).

Portal: Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2021 SPM 2020

Kelayakan umum:

  • Memiliki potensi kemahiran baik dan penyertaan aktif
  • Berumur 17 tahun sehingga 19 tahun pada tahun 2021
  • Sila rujuk program lanjutan pengajian di portal permohonan*

Anugerah Biasiswa PNB 2021

Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini membuka peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara di bawah program biasiswa mereka.

Peluang permohonan dibuka sehingga 29 Jun 2021.

Portal: Anugerah Biasiswa PNB 2021 SPM 2020

Kelayakan umum:

  • Perolehi minimum 8A (hanya gred A+ dan A sahaja) SPM 2020
  • Perolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak lebihi 19 tahun pada 1 Januari 2021
  • Aktif dalam ko-kurikulum dan memiliki kualiti kepimpinan
  • Kemahiran komunikasi cemerlang
  • Tiada ahli keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa PNB

Biasiswa Shell Malaysia 2021

Shell Malaysia membuka peluang penajaan kepada para pelajar SPM 2020 untuk melanjutkan pelajaran mereka pada peringkat tinggi. Khususnya kepada pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat untuk terlibat dalam bidang minyak dan gas.

Peluang permohonan ini dibuka 14 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Portal: Biasiswa Shell Malaysia 2021

Kelayakan umum:

  • Kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti seperti kelab, sukan, dan lain-lain
  • Tidak memegang biasiswa/pinjaman lain buat masa ini
  • Minimum 8A (hanya A dan A +) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU
  • Gred O-level yang sangat baik di IGCSE (A+/ A)

Shell

Program Biasiswa Yayasan TM Pemimpin Masa Hadapan SPM 2020

Di bawah penawaran tajaan Yayasan Telekom Malaysia (TM) ini memberi dua pilihan kepada para pelajar lepasan SPM 2020 untuk melanjutkan pengajian mereka. Ia meliputi kos Teknikal dan Bukan Teknikal.

Kedua-dua penawaran itu memiliki kelayakan yang berbeza untuk permohonan biasiswa ini.

Peluang permohonona dibuka sehingga 20 Jun 2021.

Portal: Biasiswa Yayasan TM 2021 SPM 2020

Kelayakan umum:

  • Untuk kos pengajian Teknikal, pelajar perlu perolehi minimum 7A
  • Untuk kos pengajian Bukan Teknikal, pelajar perlu perolehi minimum 6A
  • Perlu aktif ko-kurikulum
  • Warganegara Malaysia

Biasiswa Yayasan TNB

Yayasan Tenaga Nasional menawarkan sejumlah Pinjaman Boleh Ubah kepada para pelajar yang memiliki prestasi akademik yang baik. Pinjaman pengajian ini boleh ditukar menjadi biasiswa sekiranya calon lulus dengan kepujian tertinggi dari universiti pilihannya.

Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar pada peringkat Asasi dan Sarjana yang layak melanjutkan pelajaran mereka sama ada di Universiti Awam (IPTA) atau di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Peluang permohonan terbuka dan terhad.

Portal: Biasiswa Yayasan TNB SPM 2020

Kelayakan umum:

Bagi kos Kejuruteraan dan Sains Komputer;

  • Lulus subjek Bahasa Melayu minimum gred C
  • Perolehi agregat tidak lebih 18 unit dengan minimum gred 5 subjek Matematik (A-), Matematik Tambahan (B), Fizik (B), Kimia (C) dan Fizik (C)

Bagi kos Bukan-Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat;

  • Lulus subjek Bahasa Melayu minimum gred C
  • Peroelhi agregat tidak lebihi 18 unit dengan minimum gred 5 subjek (sila lihat perincian pada portal)

Dana Pendidikan The Star 2021

Di bawah kerjasama antara Star Media Group, kini menawarkan tajaan kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka. Tawaran ini meliputi pelajar lepasan SPM 2020 dan STPM.

Peluang permohonan dibuka sehingga 25 Jun 2021.

Portal: The Star Education Fund 2021

Kelayakan umum:

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 25 tahun
  • Prestasi yang baik dalam ko-kurikulum dan aktif bersukan
  • Tidak menerima mana-mana bantuan kewangan atau tajaan dari institusi pendidikan lain
  • Memiliki keputusan SPM 2020 yang baik untuk lanjutan Asasi atau kos diploma

Biasiswa Yayasan UEM

Penawaran biasiswa pada bidang pengajian tertentu kini ditawarkan Yayasan UEM. Antaranya adalah perniagaan, kejuruteraan, teknologi maklumat, sains komputer.

Peluang permohonan dibuka sehingga 25 Jun 2021.

Portal: Biasiswa Yayasan UEM

Kelayakan umum:

  • Warganegara Malaysia
  • Pertuturan baik dalam Bahasa Inggeris
  • Berdaya aktif
  • Memiliki sifat kepimpinan tinggi
  • Perolehi 7A (hanya gred A dan A+ sahaja)



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...