EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Senarai R&R PLUS Dibuka & Kebenaran Dine-In Bermula 11 Okt 2021

0 month ago, 11-Oct-2021

Susulan pengumuman rentas negeri yang dibenarkan mulai 11 Oktober 2021, pihak PLUS telah memaklumkan senarai R&R dan hentian yang dibuka beserta panduan SOP dan kebenaran aktiviti dine-in.

Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, memastikan baki kad Touch n Go mencukupi & patuhi SOP yang ditetapkan.

Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS seperti yang tertera dalam visual di bawah.

Selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.

Baca juga: BKC: Semak Cara & Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bermula 9 Oktober

Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.

Rujuk senarai lokasi R&R yang dibuka di bawah.

Waktu Operasi R&R PLUS Mulai 11 Oktober 2021

R&R PLUS akan dibuka dari jam 6:00 pagi -12 tengah malam.

Senarai R&R PLUS Yang Dibuka

Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS terpilih sahaja mulai tarikh berikut:

8 Oktober 2021

  • R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  • R&R Rawang (Arah Utara)
  • OBR Sg. Buloh
  • R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
  • R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
  • OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Machap (Arah Utara & Selatan)

11 Oktober 2021

  • R&R Ajil (Arah Utara)
  • R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)

Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.

Berikut adalah panduan Operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhtraya PLUS:

  • Sentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&R
  • Gerai makanan & minuman dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
  • Surau dibuka, sila bawa peralatan solat sendiri
  • Pra-pesanan dibuka melalui aplikasi PLUS atau pautan orderdisini.com.my
  • Tandas awam masih dibuka
  • Kemudahan vending machines ada disediakan
  • Stesen minyak masih beroperasi 24 jam
  • Kedai serbaneka dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  • Gazebo telah dibuka. Namun tapak permainan masih ditutup.

Pra-pesanan Makanan

Oleh itu, selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.

Pengguna juga boleh membuat pra-pesanan makanan terlebih dahulu melalui https://orderdisini.plus.com.my/

Maklumat Lanjut :

https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/
http://www.plus.com.my/
03-7801 6666

Senarai R&R PLUS Dibuka & Kebenaran Dine-In Bermula 11 Okt 2021 SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...