EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Senarai Buffet Ramadan 2021 Yang Hotel Tawarkan, Semua Best!

0 month ago, 06-Apr-2021

Tahun lepas umat Islam di negara kita tidak dapat menikmati bulan Ramadan kerana pandemik Covid-19 yang mewajibkan kita duduk di rumah. Bagaimana pula tahun ini?

Nampaknya tahun ini lebih bernasib baik, kita dapat merasai puasa dengan pembukaan bazar ramadan dan buffet ramadan yang ditawarkan di hotel-hotel.

Berikut beberapa buah hotel yang menawarkan buffet ramadan sedap dengan aneka juadah memikat selera serta harga berpatutan.

Wyndham Acmar Klang

Akan menghilangkan 150 juadah, antaranya kambing golek, daging biryani, ikan patin masak tempoyak, nyonya kari ikan, ayam rendang minang, bubur lambuk, sambal udang petai dan banyak lagi yang menyelerakan.

Foto foodmsia.com

Harga Buffet Nostalgia Kampungku seperti berikut:

  • RM138 setiap orang dewasa
  • RM128 setiap orang dewasa (untuk makan berkumpulan yang merangkumi 10 orang ke atas)
  • RM100 setiap warga emas
  • RM84 setiap kanak-kanak

Untuk tempahan, hubungi 012 590 9851 atau emelcafe@www.wyndhamacmarklang.com.

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Bufet di sini menyajikan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti kambing bakar, rendang dagingsous-vide, sup periuk, bubur lambur, sate, rojak, kerabu jantung pisang, pajeri nenas manis, nasi briyani Johor, asam pedas ikan pari, dan pelbagai lagi aneka masakan.

Foto Aloft KL Sentral

Bufet ditawarkan pada harga RM148 seorang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut,sila hubungi 03 2723 1154 atau emelkulal.b&f@marriott.com.

Element Kuala Lumpur

Membawakan tema Desa Vibes, seleksi juadah terbaik kegemaran rakyat Malaysia. Juadah wajib mesti cuba seperti nasi dagang resepi istimewa chef, aneka kerabu, daging salai madu bersama nenas panggang, rendang daging minang dan bermacam lagi.

Foto Element KL

Bufet Desa Vibes ditawarkan pada harga harga RM128 (dewasa) dan RM64 (kanak-kanak).

Untuk tempahan, sila hubungi 03 2771 3351 atau emel keTraceRB.Elementkl@elementhotels.com.

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown

Jangan ketinggalan menikmati hidangan dari kepelbagaian budaya dari negara China. Mi tarik dengan sup tulani berserta kepingan ayam atau daging, kambing golek jintan merupakan sajian ikonik dari Xinjiang.

IKLAN

Foto Four Points

Hidangan tempatan seperti sup berempah tulang rawan, ikan patin tempoya, sambal udang petai, ayam percik dan macam-macam.

Bufet ditawarkan pada harga RM158 seorang.Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi012 507 3327 atau emel kedining@fourpoints.com.

Four Points by Sheraton Puchong

Four Points by Sheraton Puchong mempersembahkan Tradisi Warisan, sajian juadah asli yang menyelerakan.

Foto Sheraton Puchong

Bufet sajian patut cuba adalah gulai kawah, sup kambing, lemang, yang merupakan air tangan istimewa chef.Sajian bufet juga menggabungkan rasa antarabangsa, seperti gerai tempura Jepun, teppanyaki dan kaunter pasta untuk sentuhan barat.

Bufet ini berhargaRM145 (dewasa) dan RM72.50 (kanak-kanak berusia 4 12). Nak tempah, hubungi saja03 5981 8855 atau emel eatery.puchong@fourpoints.com.

Le Mridien Kuala Lumpur

Sajian meliputi pelbagai jenis masakan dari seluruh negara ke dalam variasi santapan utama melayu. Highlight seperti kari tulang rusuk lembu utara, kambing golek dengan rempat baharah, lemang, serunding dan ketupat.

Foto Le Meridien KL

Sajian bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Maklumat lanjut, hubungi03 2267 7434 atau emel dining.lmkl@lemeridien.com.

Le Mridien Putrajaya

Ramadan ini,Le Mridien Putrajaya membawa pelbagai sajian yang cukup menyelerakan. Antaranya ialah kambing golek arab, burung puyuh penyet, roti sarang burung, daging dendeng.

Foto Le Meridien

Bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak).Untuk tempahan, sila hubungi 03 8689 6888 atau emeldining.lmputrajaya@lemeridien.com.

The Westin Kuala Lumpur

Tahun ini, The Westin Kuala Lumpur menjemput anda datang burbuka di sana.Diketuai oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah, The Westin Kuala Lumpur akan membuatkan anda terpesona dengan stesen masakan secara langsung, di mana para pengunjung bakal menikmati masakan citarasa Malaysia yang asli.

Foto The Westin KL

Berharga RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak berusia 7-12). Sila hubungi03 2773 8495 untuk tempahan atau emelwestindining@westin.com.

Kalau rasa nak berbuka di hotel nanti, cubalah beberapa hotel yang Wanista senarai ini. Memang berbaloi harga dan makanan pun sedap.

Ramadan Al-Mubharak.



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...