EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Senang Dan Sedap, Resepi BTS Meal McDonalds Boleh Buat Dekat Rumah Saja!

0 month ago, 09-Jun-2021

Malas nak keluar berebut beli BTS Meal di McDonalds tapi tak mahu terlepas hype macam orang lain? Boleh cuba buat resepi ini di rumah saja.

BTS MEAL MCDONALDS

Yang menjadikan menu ini istimewa dan sedap adalah sos BTS Meal iaitu sos Cajun dan Sweet Chili. Kalau kamu nak tahu sos Cajun ini paling popular dan bestseller di Korea Selatan.

IKLAN

Manakala untuk McNuggets pula kamu boleh dapatkan secara langsung di McDonalds atau gantikannya dengan nugget ayam jenama lain. Kalau tak mahu beli, kamu juga boleh sediakannya sendiri di rumah.

Resepi Sos Cajun

Foto @moribyan (Instagram)

Bahan-bahan:

  • Mustard
  • Serbuk Cajun
  • Madu
  • Serbuk cili
  • Cuka
  • Mayonis
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang merah

Cara-caranya:

Gaul rata semuanya dan sesuaikan mengikut citarasa kamu.

Resepi McNuggets

Bahan nugget:

  • Fillet dada ayam
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Lada
  • Serbuk bawang putih
Foto @moribyan (Instagram)

Bahan salutan:

  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Serbuk penaik
  • Garam
  • Lada
  • Serbuk lada
  • Serbuk bawang merah

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan (kecuali tepung gandum dan tepung jagung) dalam food processor dan kisar sehingga halus. Kemudian ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut citarasa kamu. Setelah bentukkan, lapiskan dengan tepung dan simpan simpan di dalam peti ais.

Foto @moribyan (Instagram)

Untuk menggoreng, ambil satu bekas besar dan masukkan bahan salutan. Ambil adunan nugget yang dibentuk dan celupkan ke dalam bahan salutan kemudian goreng sehingga masak.

Mudah saja bukan? Jangan lupa nikmati hidangan BTS Meal ini sambil dengar BTS kegemaran kamu.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...