EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Semut Merah Dan Setiu Care Jayakan Kerja Kebajikan

0 month ago, 09-Feb-2020

Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU Semut Merah Setiu dan Badan Bukan Kerajaan(NGO) Setiu Care berganding bahu bersama penduduk mengadakan gotong-royong membersihkan masjid dan sekolah agama rakyat.

Semut Merah, jolokan kepada badan beruniform iaitu Jabatan Amal Malaysia, entiti di dalam Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang terkenal dengan kerja-kerja membantu masyarakat tanpa mengira masa, situasi dan tempat.

Gotong-royong yang diadakan pada hari ini adalah salah satu aktiviti kebajikan dan dalam masa yang sama mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat setempat, ujar Ketua Pemuda PAS Setiu, Ustaz Shafizi Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program tersebut di Felda Chalok Barat, Setiu disini pada hari Jumaat, 7 Februari.

Turut sama menyertai gotong-royong tersebut ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN Langkap, Azmi Maarof.

Menurut Ustaz Shafizi, kira-kira 27 orang anggota Semut Merah terlibat dengan gotong-royong yang melibatkan kerja-kerja membersih tandas, longkang, memotong rumput, menebas semak seman dan persekitaran masjid serta sekolah.

Kerja-kerja kebajikan seperti ini akan diteruskan lagi di tempat lain dengan penglibatan bersama semua pihak dalam memastikan aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian, ujarnya lagi.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...