www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Semuanya untuk Malaysia Sumareh

0 month ago, 08-Dec-2018


Image result for Mohamadou Sumareh aff suzukiKUALA LUMPUR: Jika perlu berjuang mati-matian untuk Malaysia, saya akan melakukannya kerana ia sangat berbaloi, kata pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh.

Pemain kelahiran Gambia itu mengakui dia keletihan selepas menamatkan enam daripada tujuh perlawanan di Piala AFF sejak 8 November lalu dan tidak mempunyai masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang memberi kesan terhadap prestasinya.




Namun, pemain sayap berusia 24 tahun itu lebih gembira berbuat demikian jika ia memberi makna yang besar dalam membantu Malaysia.

Sejujurya kami keletihan ketika latihan dan di luar latihan, tapi bukan kami saja yang perlu menghadapinya, negara lain juga berdepan perkara sama. Kami perlu bekerja keras.

Kami tidak mengadu yang kami keletihan tapi kami melakukan apa yang kami mampu, kata Sumareh yang masih belum meledak gol sepanjang Piala AFF.

Ia sesuatu yang saya mahu berikan kepada penyokong Malaysia dan saya mungkin perlu menahan kesakitan serta kecederaan kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

Harap tahap kecergasan saya berada pada 100 peratus, tapi jika saya benar-benar tidak boleh beraksi, saya tahu pemain lain yang cergas dan boleh beraksi lebih baik.





Sumareh berkata, kelemahan terbesar dihadapi Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir menentang Thailand, Rabu lalu adalah kehilangan tumpuan dalam masa 90 minit perlawanan.

Dia mengakui Harimau Malaya memberi ruang buat Thailand mencipta peluang menjaringkan gol dan berharap perkara sama tidak berlaku pada aksi final berdepan Vietnam pada Selasa dan 15 Disember ini.

Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah, katanya.

Berbaki dua perlawanan lagi, Sumareh yang belum menamatkan kemarau jaringan sepanjang kejohanan berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu sebaliknya kejayaan pasukan untuk menjulang trofi lebih penting.




SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts