EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Semua tiket aksi Harimau Malaya dijual dalam talian

0 month ago, 16-Aug-2019

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoorBUKIT JALIL: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sepakat untuk menghentikan penjualan tiket secara fizikal membabitkan aksi Harimau Malaya bagi merealisasikan sistem jualan dalam talian sepenuhnya.



Langkah yang bakal dilaksanakan itu dilihat sebagai satu daripada cara untuk mengatasi permasalahan jualan tiket seperti dihadapi sebelum ini sehingga tercetus kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong.

Walaupun belum ada sebarang perjanjian dengan pihak yang akan mengendalikan sistem berkenaan, Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes bertegas proses pemilihan pemegang tender sedang dilakukan.

“Saya tidak boleh nyatakan sekarang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAM dan PSM di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.





Hadir sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Presiden Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Proses jualan tiket secara atas talian mengikut nombor tempat duduk itu dijangka akan cuba dilaksanakan seawal aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), 10 September ini.

Selain itu, proses keselamatan di pintu masuk stadium menggunakan alat pengimbas logam dan pengimbas tangan turut akan digunakan selain memperkenalkan laluan ekpres bagi penyokong tidak membawa beg sekali gus melancarkan aliran masuk. – Berita Harian





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com