EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Semua Pekerja Asing Di KL, Labuan, Selangor, Negeri Sembilan Dan Sabah Wajib Jalani Ujian Saringan COVID-19

0 month ago, 20-Nov-2020

Semua pekerja asing di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Labuan, Sabah dan Negeri Sembilan diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19.

Persetujuan ini dicapai secara bersama oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Manusia (KSM) bagi swab test fasa pertama.

Tindakan ini kerana berdasarkan data, sehingga 31 Oktober terdapat 1.6 juta pekerja asing aktif dikawasan tersebut. Oleh itu pelaksanaan ujian saring harus dilakukan bagi menjamin kelangsungan operasi.

Menurut Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) ujian RTK Antigen akan dilaksanakan. Ini kerana ujian tersebut dijangka mampu menghasilkan keputusan ujian dalam masa 1 hingga 2 jam sahaja.

Malah dengan adanya pelaksanaan ini, sektor kesihatan swasta akan hadir ke tempat pekerja asing untuk melakukan ujian tersebut.

Malah MKN turut memberi jaminan bahawa bagi pekerja asing yang mencarum dibawah Perkeso akan diberi subsidi sebanyak RM60. Kos tersebut akan ditanggung oleh Perkeso dan Majikan.

Namun bagi pekerja asing yang tidak mencarum dibawah Perkeso kos tanggungan ujian terbabit akan dilakukan oleh Majikan sepenuhnya.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...