EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Semua Iayak bahagia.. Ielaki dipuji tak pandang fizikal, terima gadis seikhlas hati

0 month ago, 22-Nov-2021

Kalau dah cinta, soal rupa atau fizikal ditolak tepi kerana semua itu bukan jaminan untuk bahagia. Sebaliknya, setiap pasangan hanya perlu setia dan memahami tanggungjawab dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

RAKAMAN VIDEO SWEET PASANGAN INI ADA DI BAWAH SEKALI

Bagi seorang gadis Robiatul Adawiah Jamilrullah, dia pasti bersyukur apabila dikurniakan bakal suami yang menerima kekurangan dan kelebihan diri tanpa memandang saiz fizikalnya.

Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, Robiatul Adawiah atau mesra dipanggil Rubiy berkongsi video memaparkan majlis pertunangannya dengan bakal suami dikenali sebagai Shahrul dipercayai di Kuala Lipis, dua minggu lalu.

Alhamdulillah, one step closer. Semoga jodoh ini sampai ke syurga,tulis gadis berusia 23 tahun itu di ruangan kapsyen.

Sedondon mengenakan busana berwarna putih, Rubiy dilihat teruja mengabdikan gambar kenangan bersama insan tersayang di atas pelamin sebelum melangkah ke fasa seterusnya menuju hari bahagia.

Malah, dia juga berkongsi beberapa posting majlis tersebut di laman Instagram untuk tatapan rakan terdekat dan pengikutnya sekali gus menerima ucapan tahniah.

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih hampir 890,000 tontonan itu menerima ribuan komen netizen yang tumpang gembira melihat pasangan berkenaan selamat mengikat tali pertunangan.

Rata-rata memuji keikhlasan Shahrul dalam memilih gadis tersebut sebagai jodohnya selain mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Tonton video :

Bila utamakan hati, semua jadi sempurna! Best kalau pasangan terima baik buruk kita. Tahniah Rubiy dan pasangan pic.twitter.com/HDCLp8KtbU

— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) November 21, 2021

 

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

: Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...